3.8.13

heaven and hell,

mungkin ini kesedihan yang di ceritakan penglipurlara dalam ceritanya yang lepas
mungkin ini kekosongan yang di taknakkan oleh semua insan berdua
mungkin ini rasanya yang mahu di elakkan ramai

macam ada satu batu besar yang menghempap habis-habisan di dada
sesak nafas,
berat hati

ini mungkin permainan dunia
ini mungkin ujian Dia
ini mungkin latihan untuk kuat

satu hari nanti,
kita akan menang
menang apa yang kita juangkan

cuma..
buat masa ini..
biarlah kita sakit..