9.6.13

north_south

someone said, "when there is north and south, there is attraction in between" 

Utara

hari ni, 8 haribulan 8, pukul 8 pagi
masih dalam baju tidur seluar bercorak kucing comel, dan hanya crop top. rambut di ikat bun tapi messy. muka masih sembab, baru bangun tidur. sebelahnya, ada kucing comel, yang baru di belanya tiga hari lepas. namanya, babuji.

Selatan

hari ni, 9 haribulan 8, pukul 9 malam
sudah habis kerja. kedengaran bunyi teriak kucingnya di dapur, "miau miau" lapar barangkali. namanya, vivy. ekor kembang warna putih tapi di bahagian kaki warna kelabu.umur sekitar....3 tahun setengah.
"oh, makanan awak dah habis ye?"
"miaaau.."

Utara

ada bulu mata sebelah kanan jatuh. mata yang separuh sedar dari tidur masih berkelip-kelip melihat bulu mata yang jatuh. hembusan di lepaskan dan di hirup kembali udaranya, wangi. bau dia.

Selatan

jam di tangan sudah pukul 10, "sudah bangun barangkali?"

Utara

kaki melangkah ke dapur, ada coffee station. sengaja dia buat coffee station dekat dapurnya walaupun mak sering tanya, "kenapa western sangat rumah kakak ni?" aku suka. dia pun suka. kami suka. jadi tak ada apa yang boleh halang.

Selatan

Dah siap mandi. seluar tidur belang yang di terima sebagai hadiah ulangtahun di pakainya, tanpa t-shirt atau apa apa. topless. segar rasa badan, satu hari kerja. masuk dalam bilik tidur yang bercat warna hitam dan ada sedikit touch-up warna putih membuatkan biliknya redup. suka. ini tenang. ada peta dunia menghiasi dinding di belakang katilnya, ada lampu tanglung handmade dari utara. ada set iMac di atas meje sebelah kanan katil. ada, noteboard atas noteboard, ada tersusun gambar polaroid mereka.

Utara

hari ni, hari cuti umum. apa lagi nak di buat kalau tak bekerja. ada pokok kaktus kecil menghiasi bingkai jendela. "mmmm, kalau buat pavlova macam sedap" 

Selatan

tadi ada banyak ragam yang terzahir masa nak balik dari kerja. di tulisnya satu cerita pendek tentang kehidupan manusia. cerita sekarang banyak yang ada unsur rempit dan buli. apa lah nak jadi dengan movie sekarang, tak matang

Utara

barang-barang nak buat pavlova ada. tinggal rajin dengan tak aje. kaki melangkah ke dapur, tangan ringan susun atur semua benda. 4 biji telur putih di pukul sampai gebu, campur gula. sambil buat, aku dengar lagu dari vinyl yang dia beli. ada di sudut 45 darjah sana, sudut paling dia suka. lagu colbie calliat yang terpasang, semangat aku nak masak pavlova lagi membuak buak

Selatan

"hai sayang!"

(one massage sent)

Utara

tet tet tet tett
(one massage received)

<3 b="" nbsp="">
"hai sayang!"

terus bunga hati. terus manis senyuman. terus lega jiwa raga. terus rasa contented. butang reply di tekan, "i'm fine. your flight what time?"

Selatan

"7 in the morning. i'll see you soon, sayang"

Utara

senyum lebarnya. esoklah ni! esoklah ni!
"okay. i made something for you! i made it two!"

Selatan

"looking for them! but i'm seriously gonna hug you first!"

Utara

"be patience, you cute mister. i'm here, always waiting for you"

Selatan

esok, akan ke utara. "there's something attraction between north and south. the attraction never repel. it always attract. it is us" esok lusa dan tulat, selatan akan jadi utara.

Utara

1) new vinyl-mix-tape
2) home-baked pavlova

pavlova dah siap. hiasannya cantik dan kemas. terus masuk bilik, cari lilin-lilin. cari baju untuk esok. kemas rumah. "esok kena beli fresh flowers!" satu note di lekatkan dekat cermin mekap

Selatan

5.45am, airport selatan, passport. dah sedia. jumpa di sana

Utara

12pm. mungkin awal sejam atau dua. tak apa.

Selatan

"tunggu ya.." one massage sent

Utara

i'm home. mata di pejam, bau dia paling kuat terus menusuk hidung. sedapnya bau. senyuman terukir. paling cantik aku rasa hari ni. paling lengkap. tangan aku di pegang. di cium. badan aku di peluk. erat. ada magnetic force yang tak mungkin akan hilang. strong force.

Utara

ada pavlova. ada new-vinyl-mixtape. ada fresh flowers. ada lilin lavender scented. ada coffee bar. ada utara, ada selatan.

banyak yang kami bualkan.
selepas di coffee bar, kami keluar ke koridor.
stargazing.
berbual lagi.
itu ini. lebih kurang.
tambah tolak.

tangan dia tak lepas. di usap perlahan. sarat dengan rindu. sarat dengan sayang.
koridor, lampu lanterns, acoustic guitar, notebook, new song, two pair of socks, hot chocolate and marshmallow.

Utara

"nasib baik awak tunggu"
"hehehehehehehe" itu sahaja yang aku balas
"thank you"
"thanks to you too"


** untuk utara dan selatan, saling menarik dan tertarik itu hukum alam. di antara utara dan selatan ada kami**