18.5.13

logik dan cinta

logik dan cinta kawan baik
lama kelamaan, diaorang bercinta

satu hari, (hari sabtu kalau tak silap aku), time sekarang ni, diaorang macam ada salah faham

masing-masing diamkan diri. tak cakap apa masalah pada masing-masing

masing-masing berkomplot dengan ego dan adik beradik hati dan perasaan

masing-masing tahu ada yang tak kena tapi..hanya diamkan saja

sampai bila?

mungkin..kita tak akan dapat apa yang orang lain dapat (except we are so damn lucky)
mungkin..kita tak akan cukup dengan apa yang kita ada (maybe enough is not enough anymore)
mungkin..keadaan yang buat kita macam ni (you need some pain to gain the happiness)

logik diam. cuba tahan diri dari marah. cuba tenangkan diri dari keputusan terburu-buru.

cinta diam jugak. makan hati. menangis dalam tidur. insecurenya tak habis.

lain kan diaorang ni? kalian tahu, kalau tak ada cinta, logik tak akan capai logik akal yang di ingini. kalian tahu, kalau tak ada logik, cinta akan huru-hara selamanya

lama mereka diam.
muhasabah diri masing-masing.
ada yang tak kena di betulkan.
dalam diri tu, ingat, ada syaitan yang bertanduk sedang api-api kan kita dengan perasaan jahat.
dia seronok tengok kita hilang pertimbangan

lalu, logik dan cinta ambik masa masing-masing. cuba renung dalam-dalam. kenapa ni? apa masalahnya?

(satu panggilan di terima)

"cinta, rindu"

itu lah, cinta dan logik kena sama-sama jalan. baru seimbang. kan?