10.4.13

jangan lupa

pagi Selasa, redup. tapi tiada angin, cuma redup. Yia keluar. dah dua minggu terperap di rumah. sakit yang menyakitkan buatkan dia terperap di rumah. hilang keyakinan. takut pada dunia luar. ntah, pelik punya manusia.

depan rumah ada kolam ikan. gemuk gemuk dah ikannya. siapa yang bagi makan ikan ikan ni?

"Hai"
"oh, hai"
hanya senyuman paling menawan yang terpancar
"dah minum susu?"
"belum" balas Yia ringkas
"saya buatkan eh" penuh dengan kesabaran
"em'em"

sejak aku sakit 2 bulan yang lalu, Hea lah yang menjaga aku. makan minum. hati perasaan. yang pulihkan semangat yang dah uzur. yang jadi tulang belakang untuk aku bangun.  Hea.

eh. taman kaktus pun dah banyak koleksi kaktus. Yia sentuh setiap duri kaktus. tajam walaupun kecik, tapi berduri tajam.

"nah, susu panas" di tiup lembut susu aku sebelum segelas susu panas bertukar tangan
"thank you" secangkir senyuman ku hadiahkan

"saya ada kerja sikit hari ni. nanti malam saya datang ya?"
"okay. finish your work place"
"don't worry. i stay with you" 
satu janji bagi aku
"okay"

dan Hea pun berlalu pergi. mungkin kerja penting.

lama aku pandang satu tempat. teringatkan kebaikan Hea. teringatkan sakit yang tak habis. teringatkan semua yang bergerak tanpa menunggu manusia. kerja Tuhan kan. adil. aku yang paling kerdil ni, sesekali tergelincir dari landasan.

one text received

"jangan lupa makan, sayang"
text dari Hea

aku lega.
syukur aku, terima kasih aku
pada Dia;
Maha Agong
berikan aku seorang penjaga
yang banyak bersabar
yang banyak kebaikannya
yang tak pernah penat
ada dengan aku
sampai sekarang
moga dia di rahmati Tuhan