10.3.13

menumpang

angin tasik datang hembus anak rambut yang terjuntai. lembut. datang bawak perkhabaran yang akan hujan sebentar lagi. aku hanya tunggu khabar berita itu benar.

kepingan gambar gambar di tangan aku tatap. ada senyum ada gelak ada tawa ada lucu ada gembira. satu keping gambar harganya tak terhingga. berat bahagianya tak tertimbang.

tiba satu denting. bagai di ragut jiwa aku. gambar gambar yang ada di tubir mata tak sama dengan gambar gambar di tangan aku. penat aku pejam tapi tak hilang. satu per satu. itu ini. di situ juga ada gelak tawa di situ juga ada bahagia (rasanya)

"kalau tak ada bahagia bisakah seseorang itu senyum dengan pesona?"

gambar gambar di tubir silih berganti. dengar di cuping telinga aku satu bunyi gong bergema sekian kalinya.

tercalit sudah kesan basah di kulit pipi. aku biar. biar keadaan kuasai semuanya. makin sejuk angin tasik. makin kuat bunyi gong tadi.

"ini..."
"aku ingat.."
"tak pernah lupa.."

apa beza gambar di tubir mata dengan gambar di tangan aku? apa bezanya?

"ohhh..."
"orang yang di sebelahnya sama.."



itu bezanya