22.2.13

sejuk

malam ni malam akustik. aku petik gitar dan nyanyikan lagu untuk dia. ada senyum di ukir -- tapi kelat. dia cuba maniskan tapi aku tahu ianya kelat.

angin malam ni lain macam sejuknya. di gigit gigit tulang lelaki aku. aku pandang bulan, bulan sabit.

alunan irama dari gitar buat dia leka dengan imaginasi sendiri. pucat bibirnya, merekah. doktor cakap dia dehydrate yang kritikal. kena stay dekat hospital untuk pemantauan. tapi, dia degil. dia janji dengan doktor akan minum air tiap tiap hari.

aku tahu dia paksa diri.

"lekanya awak"
hanya senyum sebagai balasan
"sejuk?"
dia angguk
"sini.."
terus datang padaku. dekat. aku boleh bau wangi rambutnya. shampoo pink yang aku suka. terus dia baring di paha ku.

mesti dia sejuk. tebal bajunya malam ni. semua baju aku.

"sejuk?"
"ha'a. tapi saya okay" senyum lagi

aku tahu dia paksa diri.

"nak masuk sini"
"masuklah. yours"
dia masukkan mukanya ke dalam baju aku. nak haba katanya. aku suka. nanti aku boleh rasa nafas dia sentuh kulit aku. setiap nafas yang punya janji janji tersendiri salah satunya; setia.

aku petik kod lagu yang aku dah lama prektis. semata untuk dia.

dia keluarkan mukanya sikit dari tempat sembunyi tadi
aku tahu dia suka lagu ni. post rock genre.

terus dah tak masuk dalam baju aku. terus hadap muka aku. terus jamah setiap inci wajah aku. terus.

aku tahu dia suka.

tangannya erat rangkul pinggangku. senyum. kali ni aku nampak ada bunga dalam matanya. baru mekar. akarnya ligat hidup dalam jantung sampai terbit cahaya bunga dekat mata dia.

aku tau dia suka.

"you are..sweet"
aku senyum

"nanti..." makin erat dia dakap
"bila saya dah pergi..." sepi. masa tu sepi. jari aku terhenti petik gitar. gementar.
"you must find someone who is healthy" dia senyum tapi mata berkaca
"boleh pergi jalan-jalan selalu" aku dh tak nampak biji matanya. dh bertakung air tinggal nak jatuh satu per satu




aku..
taknak..
dia
pergi..

macam yang dia selalu janji dengan aku -- dia akan setia dengan aku

macam yang dia selalu syairkan -- aku ini arjunanya

macam yang dia selalu masukkan dalam puisinya -- separuh aku dia. separuh dia aku

hampir menitis air matanya ke pahaku. sempat aku tadah. kucup dahinya.
"jangan tinggal saya"

dia senyap
dia hanya dakap aku. rangkul setiap zarah aku. dia cakap aku selamat bila dia dakap aku erat