16.2.13

h-a-p-p-i-n-e-s-s

shahadad dan izzatiee

"pengantin lelaki dah sampai. pengantin perempuan di minta turun ke bawah untuk majlis akad" kedengaran suara pak longnya dari tingkat bawah.

di temani teman baiknya, Shera dan Eija, Zaty melangkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah. kekok rasanya bila seisi rumah memandang tepat ke arahnya. dengan ekor matanya, dia melihat si pengantin lelaki sudah siap bersila di hadapan tok kadi. segak! dengan baju melayu putih suci, macam putera raja!

"senyum" bisik Shera ke telingaku. mungkin terlalu kekok aku lupa untuk senyum di hari paling bahagia.

"aku terima nikahnya Izzatiee binti Fauziee dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai," lafaz suami. para saksi mengangguk-anggukkan kepala. sah!

"kami sudah terikat.."bisik hati kecilku

tangan di hulurkan. cincin berlian bermata satu warna topaz di sarung ke jari manis pengantin perempuan. Zaty tunduk mencium tangan suaminya.

"cium dahi isteri kamu, Shahadad" 

"salam mertua kamu, Zaty" arah mak longnya. Zaty bangun dan membongkok berjalan ke arah ibu mertuanya. tangan wanita itu di salam dan di ciumnya.

majlis perkahwinan yang ala minimalis tetapi masih ada kemanisannya. idea kami berdua. tak perlu berat mata memandang, cukuplah hanya sesimple pengantin lelaki dan perempuan. ada photobooth untuk para hadirin dan rakan-rakan. ada ruangan manisan untuk kanak kanak. semuanya di susun rapi agar setiap yang datang rasa bahagia bila di satukan.

putih dah chrome warna yang paling sesuai. di touch upkan sedikit dengan bunga matahari. naik seri.

usai majlis akad nikah dan makan pengantin dan bergambar, letih rasanya badan ini. pintu bilik pengantin di tutup rapat. solat zohor belum di tunaikan lagi. aku mengambil dua helai sejadah dan menebarnya di atas lantai.

aku duduk di depan meja solek, selendang lace yang di pakai ni memanglah cantik tapi sayangnya di perbuat daripada kain yang tebal. kepalaku sudah lama berdenyut-denyut . pertama sekali, di menanggalkan tiara comel di atas kepala, kemudian perlahan-lahan aku menanggalkan selendang putih lace yang menutupi kepala. banyak sangat pin yang di pasang oleh mak andam, sehingga susah betul nak menanggalkan selendang itu. sebatang demi sebatang di tanggalkan dengan hati-hati.

di pandang si suami di katil dari cermin. dari tadi melihat gelagatnya.

"tolong bukakkan butang baju melayu saya ni. susah nak bukakkan." pinta sang suami. redup suaranya getarkan jiwa aku.

aku duduk di hadapan suamiku dan cuba membuka butang-butang kecil pada bajunya. memang susah. eee, tukang jahit ni kenapa kecik sangat lubang butang yang di buatnya.

bila tinggal satu lagi butang nak di buka, bagai terasa rambutku di sentuh. di lihat jari jemari suami membelai-belai rambutku. di cium rambut isteri dengan penuh syahdu.

getar dada ini.

tetapi bajuku belum di buka lagi. lagi susah mahu di bukanya tahu. dengan terkial-kial aku membuka 6 butang di atas lalu si suami membantu membuka butang bajuku sampai ke pinggang. terasa kancing baju dalamku di buka. Ahh!

agaknya, baju penganting susah nak bukak ini satu pengajaran supaya sabar dalam melayari rumah tangga. supa bersama susah dan senang.

***

usai majlis perkahwinan, masing masing sudah penat. semua yang membantu dalam menjayakan perkahwinan kami sudah beransur balik dan berehat. pengantin jugak tak kurang hebatnya. suamiku sudah naik ke tingkat atas menuju ke bilik. aku menuruti dengan langkah berdebar. isteri. title hidup paling tinggi dalam hidup seorang perempuan. suami. title paling tinggi dalam carta hati isteri.

selepas mandi dan solat, shahadad duduk di atas katil.
"Zaty" di tepuk tepuk ruang kosong di sebelahnya.
"over here" di panggil aku lembut, ruang itu di tepuk tepuk lagi.

aku duduk perlahan-lahan di birai katil. mula mula tak terasa sentuhannya. satu jari bergerak perlahan-lahan dari belakang tapak tanganku, naik ke atas lengan dan berhenti di atas bahu. huuuh! jarinya di bengkokkan, tali halus gaun tidur ku di tarik perlahan-lahan sehingga jatuh dari bahu.

lama juga dia diam tidak berbuat apa. nafasku sudah tidak tentu, tak tertahan suspens. kemudian, aku terasa jarinya di atas belakang telapak tangan sebelah lagi. jari itu perlahan-lahan bergerak ke bahuku. sudah di jangka apa akan berlaku.

"sayang..sayang..sayang.."berulang ulang kali suami membisikkan memanggil isterinya. dengan setiap bisikan, kucupan lembut hinggap di bahuku.

"sayang...now!"

***

esoknya, pagi-pagi buta aku sudah terjaga. cepat-cepat aku mandi, takut nanti di usik oleh mak cik dan pak cik kalau lambat bangun. haih. tika menyapu bedak ke muka, dia ternampak kesan-kesan lebam di lehernya.

"malam tadi..." senyum sendiri aku melihat diri sendiri di cermin. malu..

***

selesai majlis perkahwinan untuk ke dua pihak, kami pindah ke rumah kondonya. serba-serbi putih. warna kegemaranku. hmmm, gaya urban minimalis.

"ini belum ada sentuhan suri. hanya sentuhan bujang." katanya sambil memeluk erat pinggangku. ada balkoni. ada dapur. ada bilik tidur. ada semua. sempurna. hanya perlu di touch up kan sikit supaya naik serinya.

belum hooneymoon. dia masih ada kerja penting yang perlu di selesaikan dalam masa terdekat. projek dengan syarikat Perancis mengenai consulting aviation adalah projeknya paling besar. join venture dengan syarikat Perancis yang besar itu. bukan harta benda yang di kejarkan sampai hooneymoon pun tak ada. cuma pengalaman ini perlu di kaut sebaik mungkin.

lewat sikit suamiku balik malam ini. ada sandwich aku sediakan dan letak dalam peti ais.

"hmm sedapnye" kata suami. rasa bersalah. patutnya dia balik awal. makan dengan isteri. pengantin barukan. harap Zaty faham.

naik ke tingkat atas, dia membuka pintu bilik utama. isterinya lena di atas katil. barangkali penat kemas rumah tadi siang. lampu meja sahaja yang terpasang. secara automatik, shahadad menjenguk isterinya. dia memakai gaun tidur lace hitam. semalam gaun tidur lace krim. matanya terpaku ke arah dada isterinya. lace hitam, kontras betul dengan kulitnya, kulit yang putih gebu...

"i'm sorry. saya balik lewat malam ni.." satu kucupan indah dari suami untuk isteri di dahi. di depakan tangannya, di angkat kepala isteri supaya tidur di dadanya. "tempatmu di sini sayang.. jangan jauh dari saya"

***

esoknya, suami isteri bangun dan solat subuh bersama. suami imamkan isteri. usai solat, dia baring di atas katil sambil memegang iPadnya. mungkin urusan kerja. aku turun ke bawah. sarapan perlu di sediakan. nak masak apa pagi ni. scramble egg!

"sedapnye isteri saya masak..." pujinya.
kembang semangkuk aku lahai. scramble egg aje tapi puji menggunung. "terima kasih, awak.."

tangan suami di ciumnya. dahi isteri di kucup. "saya doakan awak ya!" kata isteribelum pernah hidupnya di penuhi dengan kasih sayang, shahadad senyum. begini hidupnya kalau ada suri.

***

sepanjang hari di pejabat, fikirannya hanya bayangkan isteri di rumah. isterinya memakai dress seksi merah jambu pada pagi tadi. Ahhh!

"hey pengantin, pay attention. bos suruh pergi hooneymoon tak nak. datang ofis berangan ya. teringat isteri dekat rumah lah tu?" usik bos besar

"alamak..kantoi!" hanya senyum kambing saja yang boleh di beri "focus! focus!" 

pukul enam petang bos besar sudah halau semua pekerjanya balik rumah. esok saja disuruhnya menyambung kerja.

tiba di kondonya, segugus kunci di keluarkan dari poket seluarnya. pintu kondo di bukanya, sebaik melangkah saja ke dalam, dia ternampak isterinya sedang duduk di sofa sambil menghadap komputer riba.

tatkala tersedar si suami sudah pulang, aku segera bangun dan melangkah ke pintu. sekali lagi mata shahadad tidak berkelip kelip. isterinya memakai dress kain lace kapas berwarna putih, potongan baby doll. di bahunya hanya tersangkut tali halus dan dressnya pendek sungguh!

aku ambil gugusan kunci lalu letakkannya dalam sebuah mangkuk perak besar di atas sebuah meja konsul bersebelahan dengan pintu. baru dia tersedar.

"saya beli siang tadi.. senang ada meja konsul ni, boleh letak kunci ke handphone ke, lacinya boleh letak sikat ke stokin ke. cermin ni untuk final check sebelum keluar. kerusi ni pulak supaya awak senang duduk untuk pakai dan buka kasut" panjang lebar penerangan si isteri.

"semuanya di jaga bila ada suri.." bisik si suami

"duduklah" suruh isterinya
shahadad duduk tanpa sepatah kata. jiwa lelakinya getar bila memandang tubuh si isteri yang di baluti dress kain kapas yang bila di lihatnya dari dekat, sebenarnya agak nipis.

isterinya berlutut di lantai sambil membuka kasut dan kemudian stokinnya. shahadad hanya memandang isterinya tanpa berkelip. tidak pernah ada wanita yang membuka kasutnya. mak dulu pun buat sebegini ketika aku kecil.

kasut di simpan di almari kasut.
"awak nak jus ke air?" tanya Zaty
"err air je lah" sambil di lentangkan badannya ke sofa. lega. kerja banyak di pejabat. mana kena tawa dengan geng ofis mana projek besar.

"minum" jemputku lembut sambil menghulurkan kepada suamiku. kasihan. mesti banyak kerja. shahadad menyambut lalu meneguknya. lega. matanya terlekap ke paha gebu isterinya. si isteri sudah tersipu-sipu. tersipu tanda malu ataupun sebenarnya mahu.

"surfing?" tanya shahadad sambil memandang komputer riba zaty di meja kopi.

"searching for my new writing" oooo sambil duduk minum teh, searching infos untuk new writing sambil pakai seksi sorang-sorang dekat rumah. "kan best kalau aku boleh stay dekat rumah aje. haih"

dia membaca draft aku tanpa segan silu.

"gtg?" soal shahadad kehairanan
serious ke tak tahu laki aku ni "got to go"
"ttyl?"soal shahadad lagi.
"talk to you later" eeee suami saya ni.. saja tak tahu ke, buat buat tak tahu..
"ytmo?"
"erk.." tak pernah pula aku dengar ytmo ni, fikirku hairan. "apa tu?"
"you turn me on" bisik shahadad. senyumannya tidak dapat di sembunyikan lagi. tangannya sudah melingkar di pinggang zaty. dah dapat! peluk kuat-kuat.

oooo you turn me on yeeee ooooo
aku dah tak sedar. tekak ku kering. "sayang...." suamiku membisik perlahan. "now.."

***

esok paginya, macam biasa, cop cop merah lebam di leherku masih ketara. masih merah. masih segar. aduhai..malunya.

macam biasa tugas isteri di laksankan dengan cekap. selesai siapkan sarapan, aku duduk, tarik nafas sebentar, sebiji pil berwarna biru muda di ambil dari bekasnya, di belek berkali kali. ada satu keluhan kecil, tapi cepat cepat di telannya. di teguk air masak. mata di pejam rapat. ada satu doa kecil dalam hati.

***

selesai sudah projek besar dengan syarikat perancis. sekarang baru boleh tarik nafas lega. sekarang baru masa untuk kami sekeluarga.

"sayang, pack up. kita nak pergi bali. pukul 2 saya pick up" boleh saja sms tapi dia mahu dengar suara isteri yang di rinduinya tu. baru pergi kerja dah rindu. haih.. parah ni

"okie dokie!" manja suaranya. seronok kedengaran. dah lama tunggu. "maafkan saya ye"

***

pintu utama rumahnya di buka. terdengar musik kuat dari dapur. hmmmm, dak kecik ni berkaraoke di dapur lah ni. terbit senyum kecil di bibir shahadad. dia melangkah ke dapur. buntang matanya bila tiba di pintu dapur. isterinya sedang memasak kek. okey, bukan itu yang membuatkan matanya membuntang. sambil membuat kek, dia menari nari mengikut rentak musik rancak dari amerika latin. bagai ada magnet, mata shahadad melekat ke punggung si isteri yang di goyang-goyangkan seperti penari gelek. punggung yang berbalut seluar pendek, sangat pendek! ketat, sangat ketat!

dan halter neck top yang senteng, menampakkan belakangnya sebab rambutnya di tocang. nampak juga pinggangnya. pinggang yang membuatkan dia rasa tidak selesa bila isterinya memakai kebaya. pinggang yang sangat kecil dan ramping! sebesar cekak tangan aku rasanya. tanpa di sedari tangannya sudah mencekak pinggang kecil itu.

si empunya pinggang terkejut bukan main! sedang asyik menghias kek cawan dengan butter cream, tiba tiba ada yang memeluknya dari belakang.

spontan dia menjerit dan berpusing, "aaahh!" tersembur butter cream dari beg aising di dalam tangannya. habis tercalit ke badan dan muka suaminya.

"awak! terkejut saya tahu.."rasa terkejutku masih bersisa. berombak ombak dada

dia  tersenyum lebar. isterinya kelihatan lucu sekali dengan muka terkejut, mata terbeliak dan mulut ternganga. pecah berderai ketawa akhirnya.

"oh, dah la awak kejutkan saya, sekarang ketawakan saya pulak ek? if you could see your own face, penuh dengan butter cream, tahu tak? lagi funny.. hehehe" 

"yeke?" pendek soalan suaminya

"ya, muka awak penuh dengan butter cream. sini, kat sini..." si isteri menginjakkan kakinya, tangan kanannya memaut leher si suami, menarik lembut ke arahnya dan perlahan-lahan menjilat butter cream yang tercalit di pipi kiri suaminya. terdengar suaminya menarik nafas, terkejut.

"kat sini pun ada...." bisikku sambil menjilat butter cream di pipi kanan suami. "sini...di sini... sini..."

setiap bisikanku, di balasnya dengan bisikan "sayang...sayang..sayang..."

alamak, kek cawan aku dalam oven macam mana?

"errr, my cupcakes...in the oven"
"let them be" suami sudah menarikku ke arah sofa di dapur
"nanti hangus.."
"let them be"
"nanti asap keluar, bunyi fire alarm"
"sayang!" terkejut aku mendengar dia agak sedikit menjerit. lagi terkejut bila dia menolak aku jatuh ke sofa
"stay there, jangan bergerak!" arah si suami. aku yang terbaring di atas sofa, mengangkat ke dua dua belah tangan bagai orang kalah berperang.

bingkas dia menuju ke arah ketuhar dan menutup suisnya.

"alamak bantatlah kek cawan aku!" terjerit dalam hatiku. tak berani nak menjerit betul betul. aku sendiri yang mulakan...

si suami sudah berada di depannya semula

"sayang..., now" bisik suaminya. aku angguk kecil.

***

sejam selepas itu, terkocoh kocoh si suami.
"our flight is on 6 sayang!"
"eeee kenapa tak bagitahu"
"errr tak sempat. hehehehe"
"mu cupcake tak siap lagi. gimme 5 minutes more!"
"fasteeeeerrrrr cupcakeee sayaaaa"

isteri aku seorang yang tepat masanya. kalau 5 minutes 5 minutes lah yang di gunanya.

***

tiba di lapangan terbang ngurah rai, bali, aku rasa kamilah yang paling seronok. siapa tak suka vacation! oh tak ni hooneymoon bukan vacation. c-o-r-r-e-c-t-i-o-n!

"kita duduk di ubud. saya rasa awak mesti sukakan ubud dari kuta." kata si suami.

tiba di hotel, ternganga mulut aku. mereka tidak tinggal di hotel tetapi di sebuah vila kecil di pinggir lereng bukit curam, di bawahnya ada sebatang sungai. terbentang pemandangan hutan belantara hijau, sejuk mata memandang. cara pembinaan setiap vila menitikberatkan privisi para penyewa. setiap vila mempunyai pintu-pintu kaca yang boleh di biar terbuka supaya permandangan indah di luar boleh di nikmati bila-bila masa. dari bilik tidur, beberapa langkah sahaja sebuah kolam infinity dan laman bali yang indah dan tenang.

"bibi! bestnya! heaven on earth!" aku terjerit kecil

gembirannya dia..

pada malam itu, sang suami memesan makan  malam dan di hantar ke villa mereka. laman kecil vila mereka di hiasi lilin lilin yang membiaskan cahaya menjadikan laman itu kelihatan sangat romantik. di dalam kolam pula di tabur bunga bungaan. kaku aku di buatnya.romantis!

"shall we?" ajak dia

***

esokkan harinya mereka mengelilingi ubud menaiki skuter. cycling, rafting semuanya di lakukan bersama.

banyak cenderamata yang aku beli untuk mak ayah mak mertua ayah mertua adik adik kakak ipar adik ipar. semuanya ada! untuk aku hanya sepasang baju blaus kain cotton warna biru dan rantai yang berbentuk unik. itu saja. barang barang ni tak penting, pengalaman dekat sini dengan si dia yang penting.

***

sebulan balik dari hooneymoon, kesihatan ku makin menjadi jadi. tampak pucat lesi di muka. aku calitkan dengan lip balm supaya nampak seri sikit. ubat semakin galak aku makan. semakin penat hari ke  hari.

hari ni suami pulang kerja, dan aku terkulai layu di sofa. tidak menjemputnya macam selalu.

"sayang?" hairan dia melihatku. tidak ceria wajahnya. hanya ada satu senyuman kelat yang di paksanya
"hai.." perlahan kedengaran
"are you okay?" ada bunyi risau
"em'em" pendek jawapannya

terus di kendong aku turun ke bawah dan masuk ke dalam kereta. meluncur laju kereta ke satu hospital berdekatan.
"encik, isteri encik ni......." terang doktor
"perlu awasi dia. jangan bagi dia penat dan banyak berfikir"

"zaty.... kenapa tak bagitau saya?" pujuk shahadad. risau. ada bunyi risau yang berat
senyum kelat lagi. "saya ingat dah sihat.."

satu pelukan dari suami untuk alirkan semangat pada isteri. "aku ada di sini. aku akan melindungimu"

basah baju shahadad di bahagian bahu. mungkin perit bila di tanggung seorang diri. tak apa. aku dah ada sekarang. ini masa untuk balas jasa isteri.

isteri boleh jaga suami, tak kan suami tak boleh jaga isteri

***

sebulan di pantau sakit isterinya. makin pulih. makin berseri muka. sudah ada ceria

"bi, thank you" sambil melentok kepalanya ke bahu si suami yang banyak membantu
"no sweat!" bangga. kini dia menjadi hero si isteri
"please take care of yourself sayang and dont hide anything from me. anything including your health."

aku hanya mampu senyum dan bersyukur.
ini hebatnya berkahwin. ada yang menjaga. saling menjaga. saling ada. saling membantu.

malam itu, aku bangun. teringat mahu solat hajat. si suami pun terut terjaga.
"kenapa sayang?"
"nak solat hajat"
"kita buat sama sama ya?"

sejuk hati dengar.. (senyum)



Tuhan cipta separuh untuk lagi separuh. Tuhan cipta sakit untuk di ubati. Tuhan cipta ikhlas untuk meredhakan. Tuhan cipta hati untuk di penuhi dengan kasih sayang dan cinta. Tuhan cipta dia untuk aku