1.12.12

Rawak,

Melangkah lagi satu tapak, bulan baru. Meningkat satu takak, bulan baru
Dah lama aku tak menulis. Tak da jiwa dekat sini. Kosong

Tipikal pemikiran, bulan baru, azam baru, harapan baru
Tapi bila kau dah jatuh, dan jatuh lagi, seterusnya, jatuh lagi..
Pemikiran kau, sedikit sebanyak dah tak ada nafsu nak fikir
Dah hampir mati..

Dari satu masalah, ke satu masalah
Dari satu penyelesaian ke satu penyelesaian
Walaupun nyawa-nyawa ikan,
Dak kecik ini berjaya berdiri, berjaya tabik diri sendiri

Sebab dia satu
Dorongan yang dia dapat tak pernah putus
Tambah dengan sabar diri sendiri
Aku bangga