16.12.12

Olsen olsen,

Hujan petang ni, lebat.
Kami; aku dengan dia, berdua, di rumah. Lagipun hari minggu; Ahad.
Inai di jemari masih lagi merah. Seri pengantin masih lagi berseri.

"Sayang, kita malas malas dekat rumah aje lah hari ni okay tak?"
"Okay! Lagi pun hujan lebat ni, bi"

Berdua di sofa empuk yang di pilih bersama sebulan lepas, dia baring di pahaku sambil aku melarikan jari jariku di rambutnya.

"Kita makan megi nak, sayang?" tanyanya kepadaku
"Boleh! Megi cup. Awak nak what flavor?"
"Tom yam satu! Awak?"
"Saya curry"
"Okay. Saya buatkan hot choco untuk kita dua eh, sayang?"
"Yeaaaaaay sounds good!"

Aku di piggy back kan olehnya ke dapur. Sambil perhatikan dia membuat choco panas, aku senyum sendiri.

"Haaaip ape senyum senyum ha.."
"Nooothing, bi! Maggi almost done. Yours?"
"Almost too!"

Kami bergerak ke balkoni.

"Sini saya pegangkan megi. Awak pegang air ni. Watch out, sayang. Panas tu"
"Hehehe okay, bi!"

Kami duduk di balkoni sambil memerhatikan hujan lebat petang ni. Stokin pink untuk aku, stokin biru untuk dia. Balkoni yang di cat putih dindingnya, ada pokok kaktus kecil at the corner, ada mural tulisan jawi yang di lukis dia. Tulisan jawi dia cantik. Di gantung juga lampu lampu di bahagian dinding putih. Semua deco di lakukan bersama sebulan lepas, masa kami beli kondo ni dulu. Olsen olsen tema kami.

Kami pandang hujan, kami imbau masa lepas; masa bercinta sebelum jadi suami isteri. Lucu.

"Sayang, after this, search some place, we go travel"
"Okaaaaaay I will do it, bi!"