9.12.12

Makan malam,

17July 2012

Hi diary! 
So, today, nak buat a little bit surprise to him. I need candles. Lotsa candles. Glasses, sparkling water,  simple plates, romantic songs and chicken!
I really want to make this happens as I know he wants candle light dinner so much. 
So, let see what I'm going to blow up!

xoxo,
Ty

Bangun pagi. Kepala otak aku dah set, nak pergi mana, nak beli apa.
"Sayang, dah bangun? Jum?"
"Oh, saya tak ikut awak today. Got something to do"
"OH? Okay"

Terus aku ke cold storage. Cari ayam, cari kicap, cari bawang, and sparkling water. Yeay! Dah dapat semua! So, masa untuk cari gelas dan pinggan.

Gelas tinggi, checked! Pinggan yang simple color putih checked! Lilin yang banyak checked!
Balik rumah, terus aku siapkan apa yang patut. Dalam hati bunga-bunga. Dalam hati penuh harapan dalam hati penuh kasih sayang.

Ayam masak kicap dengan nasik putih. Aku harap ni special untuk dia. Aku masak, bibir senyum, jantung berdebar. Itu ini aku buat. Malam nanti dia balik. Makin berdebar jantung.

Pilih lagu. Hmmmmm.....

Susun meja, susun gelas, susun pinggan, susun lilin and tunggu dia balik. Tu aje.
Pukul 7 semuanya dah siap. Aku baring dekat sofa tertidur pulak sampai pukul 9. Lagi 1 jam. Aku panaskan lauk, tukar pakai baju cantik, tunggu dalam gelap.

Jantung aku bagai hilang tempo sebenar degupan. Rancak berdegup. Sakit aku rasa dada ni. Di minta di perlahankan tapi tak di endahkan. Jam dinding berdetik. Terasa sangat lama. Pantas aku BBM dia.

"Where are you?"
"On the way nak balik rumah"
"Okay. Faster please. I miss you"
"Oh I miss you too. Awak tinggal saya hari ni sorang sorang"
"Aaaa sorry, faster ok but be safe"
"Okay...."

Mungkin dia binggung. Sedikit pertolongan teman, (tawa kecil) mungkin dia binggung

Aku pasang lilin satu persatu. Aku cuba betulkan pernafasan aku yang tadi ni hilang rentak.
"Lancarkan semuanya.." monologku

Pintu di ketuk, kunci di buka.
"Surpriseeeeee!"
Yang aku nampak muka dia dalam gelap yang di temani cahaya lilin lilin, senyum.
"Terima kasih, sayang" monologku lagi

"Eyyy...oooo ini yang awak buat satu hari ya"
"Hehehehehehe"
Aku kaku sebentar. Debaran makin kuat dekat jantung. Kami duduk dekat meja. Perhatikan satu sama lain.

"Awak lapar?"
"Lapar!"
"Ooo pandai diaorang eh nak masak kat rumah lah jumpa kat rumah lah...Oooo"
"Hehehehehe"

Aku ke dapur dengan tangan yang menggigil, masukkan nasik ke dalam pinggan di hidangkan bersama ayam kicap kegemaran dia.

"Makan lah, bi"
"Awak pun makan lah sekali"
Aku makan tapi aku dah kenyang. Cukup lah pandang mukanya yang senyum lebar, aku dah kenyang. Penat siang tadi hilang.

"Sedap tak?"
"Sedap sangat!!! Tambah lagi, sayang"
Aku senyum. Paling gembira masa tu.

Usai makan. Aku ke dapur, cari peluang untuk boloskan diri sebentar.
"Eee takyah lah basuh pinggan tu. Nanti nanti boleh basuh"
"Saya ada lagi nak bagi awak"
"Apadia??"

Aku ke dapur, keluarkan sebiji kek ice cream dari peti ais.
"Taaaraaaa! Ada ice cream tau! Hehehehe"
Satu kucupan di dahi. Syahdunya aku rasa

"Oh ada lagi! Kita main satu game nak? Running man!"
"Nak! Macam mana"
"Ni saya bagi klu. Awak cari lah..."
"Okay!"

Klu pertama di buka. Dapat klu ke dua. Pergi ke klu ke tiga. Dan klu ke empat seterusnya dapat bila sampai ke klu ke lima.

Satu buku nota. Yang aku belikan untuk dia. Supaya dia terus menulis. Kerna aku suka, suka sangat dengan penulisannya. Jangan berhenti menulis.

"Thank you, sayang"
Satu lagi kucupan di dahi. Sayangnya aku rasa

Lewat malam, lagu romantis masih terpasang. Kali ni Marry Me daripada Train. Dia ambik tanggan aku, di lenggokkan dengan badannya. Kami menari ikut rentak lagu, ikut irama kasih sayang, ikut persona cinta kami.

"Aku tak ada duit yang banyak, boleh bawak kau ke restoran mewah, ini yang paling aku mampu, ini yang paling ikhlas dari jiwa, semua ini special untuk kau walaupun ala kadar" monolog aku sambil tatap matanya.

Kami leka menari. Kami leka di ulit sang cinta.
Bagi aku, itu malam paling indah





(senyum, kesat air mata)