4.12.12

Antlers

Lewat malam larut dua hati menjadi satu jiwa. Emm, aku rasa aku tak perlu prosa bombastik asal apa aku cerita kau dapat rasa.

(senyum)

"Sayang, good luck esok"
Bisik si dia menjengah gegendang telingaku. Halus bisikannya. Enak di dengar. Langsung mataku terpejam dek bisikan menggoda si dia.


Aku bangun dari pembaringan lalu on iPad. Mahu tunjukkan sesuatu pada si dia.
(senyum)

"Bi, kita nak buat tema apa untuk booth esok?," tanyaku manja. Dengan baju tidur satin warna merah biji saga, terserlah kulitku yang putih kekuningan. Bibir yang mulus yang di salutkan dengan warna merah jambu pucat, asli.

Si dia hanya perhatikan aku, dari hujung rambut sampai hujung ibu jari kaki. Lembut pergerakan matanya, seperti menilik sesuatu dengan teliti. Kosentrasi yang aku tak dapat nak kacau.

Hidung jambu airnya aku tarik manja. "Bi, dengar tak saya tanya awak ni..," manja.
"Eh, apa ye sayang? Maaflah. Hehehe"
"Ni..nak buat tema apa..esok..," sedikit merajuk. Konon (senyum)
"Oh.. Kita buat yang minimalist je lah eh?," si dia pun bingkas bangun dari baringnya, lalu bersila di depan ku.

Sekilas si dia bergerak, aku dapat hidu baunya yang asyik. Ah~
Getar jiwa perempuanku.

"Minimalist is simplest but very nice. Kita boleh guna element wood. Sebab saya suka the color and the feature," terang si dia sambil menatap tajam padaku.

Getar jiwa perempuan ini makin gratis.

"Kita letak boxes with black or white color lepas tu, all your bracelets we put inside it"
"Kita label all the boxes nak?," idea tambahan daripadaku

Keadaan sekarang serius tetapi tetap ada intimasinya.

"Boleh, Your handwriting kinda good, so the job is yours"
"What else, bi?"
"Kita jangan salah konsep okay, sayang? We want less but better. How about some lighting?"
"Macam mana tu?," setiap inci raut wajahnya, aku jamah dengan lumat. Wajah yang paling sayang.
"Emmm lampu tanglung yang bulat bulat tu, but color black or white jugak. I think white is perfect," katanya sambil bibir mengukir satu senyuman.

"Sayang, jum mocha panas. Dahaga lah~". Tiba tiba tangannya menggenggam erat tanganku. Aku seolah tertarik dengan ion positivenya terus seiring ke dapur.
"Wait aa. I make you some mocha panas," masih lagi manja dengan si lelaki idaman hatinya

A sip of mocha panas, si dia terus menerangkan semua ideanya kepadaku.
"Not to forget, kita guna few basic geometric shape such as, hexagon outline. Kita tak boleh guna banyak color tau, sebab the bracelets dah colorful. So, all the accessories of booth kena minimalist and simple and awesome!" 
"Hehehehe okay, bi. Boleh saya letak cactus?"
"Mmmm...not too much okay, sayang?"
"Yeayyyy!! I can put my baby cactus. Ok! Promise not too much! Lapik meja bi? Do we need plain color or a bit corak?"
"A bit corak but not too crowded. Corak macam Aztec is okay. Macam wave tu kan"
"Hmmmm....," pandanganku masih setia pada si dia. Tiba-tiba, mata kami berpaut. Macam..ada..kejutan..elektrik..

(glup)
Semakin karen jiwa perempuanku

"Card bisnes bi?"
"Yes. Yang tu saya boleh buatkan untuk awak. Paper color, neat and straight forward, yang penting ada antlers"

Dia baring. Mendepakan tangannya. Isyarat untuk aku duduk dalam dakapannya. Ini part yang paling aku selalu jatuh cinta. Letak dirikau dalam dakapan sang cinta. Mana lagi tempat paling selamat untuk seorang wanita selain dalam dakapan si suaminya.

Baunya membuat kalbuku gemersik. Lantas diri ini lemas. Tak perlu di selamatkan, aku rela sebegini.
"Do you need more explanations, sayang?"
"I don't think so...," manja lagi
"Let's. Tomorrow is gonna be our day. Our good day, sayang"
Aku hanya senyum. Tiada perkataan yang mampu di tulis untuk di serasikan dengan perasaan aku sekarang. Hebat sungguh kuasaMu. Hebat sunggu cinta ini. Hebat sungguh si lelaki ini. Kuasi seantero zarah-zarah aku.


Cerita ini pasal idea dia.
Tapi bukan semata idea, ada kasih sayang
(senyum)