31.10.12

G u a

Jadi, aku masuk gua
pergi bertapa

"Kalau lah ada orang nak cakap dengan aku sekarang.."

Duduk dalam gua,
aku belajar ilmu itu ini
letak darjat aku paling rendah

"Ntah, ada ntah orang ingat pada aku.."
"Tak ada yang memanggil pun.."

Lagi aku diamkan diri
Pejam mata
Buka mata hati
Tebalkan pasrah jiwa

.....

"Lama aku tunggu..."


.....

"Budak, mari lah keluar"

Bergaung satu gua. Aku bukak mata. Titik demi titik air mata berderai.
Bingkas aku bangun. Keluar dari gua, pergi pada suara pemanggil.