6.9.12

To build a home,

Nak suruh orang faham kita, sampai kiamat memang tak dapat aku rasa
Nak suruh orang rasa apa yang kita rasa, sampai hujung dunia tak rasa
Nak suruh orang jalan atas jalan yang kita lalu, tak sampai dua minit, orang lari tempat lain

Mak selalu pesan,
"Apa yang kita dapat, mungkin ada cerita di sebaliknya. Allah sayang kita lebih, jadi Dia uji kita lebih. Allah nak kita ingat dekat dia. Lain orang lain ujiannya"

Aku kerasakan hati,
gagahkan jiwa,
hapuskan air mata,

tapi sampai satu tahap,
semuanya hancur,
aku kalah pada diri sendiri

Aku duduk dan menangis,
ratap satu-satu ujian-Nya

*hela nafas*


*hela nafas lagi. kejap, mata aku berair*


Mungkin aku yang tak cukup tabah
Mungkin aku yang paling Dia sayang
Mungkin satu hari nanti aku boleh hela nafas tanpa sesak di dada



"Kuat lah hati.."