21.9.12

My home,

Petang Jumaat, anak-anak, Orked (kakak) dengan Kashaf (adik) menghabiskan petang mereka bermain di laman rumah. Rumput hijau yang di tanam, subur hendaknya. Hijau. Aku senyum perhatikan gelagat anak-anak. Adik nak main bola sepak, kakak nak main badminton.

"Jangan bergaduh, Orked, Kishaf.." tegur aku.
Kashaf sekarang dah petah bercakap. Ada je yang nak di cakapkannya. Tak kira siapa-siapa, nasib ada kakaknya. Melayan setiap butir yang Kashaf cakap.

"Terima kasih, bi. Untuk dua penawar ni.." detik hati

"Kakak, adik, tak tunggu daddy pun main..... Lupa daddy ke......" pura-pura rajuk suamiku
"Daddddyyyyy!!!! hehehehe" sahut Kashaf. Terus di tarik tangan suamiku untuk bermain sekali. Sempat tangannya usap kepalaku. Hanya senyum yang dapat aku balaskan. Dia faham maksud senyumku

"Daddy.. Mummy tu suka senyum sorang-sorangkan?" bisik Orked sambil anak matanya perhatikan aku
"Ha'a... Apa ntah yang di fikirnya tu kan, kakak" Ciuman ayah untuk anaknya di dahi. Syahdu aku tengok.

Dia datang hampiri aku. Sertai aku tonton gelagat anak-anak.
"Adik dah mula suka bola sepak..."
"Ha'a. Habislah. Lepasni boleh ah satu geng dengan awak"
"Hehehe.. Jangan marah~"

Petang Jumaat, di sisi aku, seorang suami, seorang arjuna, seorang angel yang temani aku hari-hari, yang cintakan aku setiap nafasnya, yang gagah perkasa dalam bahtera rumah tangga. Aku di kurniakan sepasang pari-pari kecil, Orked dan Kashaf.

Petang Jumaat, sambil lagu-lagu dari Iqbal M menemani aku, aku mula pasang angan-angan. Aku mula lakar masa depan.




p/s: akurindu