22.9.12

Hot chocolate and hot mocha,

Lilin-lilin wangi semalam tinggal sisa dan baki di tepi katil. Membakar diri sendiri untuk kesenangan orang lain. Nanti aku gantikan dengan lilin yang baru ya?

Selimut putih tebal menjalankan tugas dengan baik. Melindungi sepasang kekasih yang sedang enak di buai mimpi. Aku terjaga dari tidur semalam, melihat jam loceng antik yang di beli di Singapura tepat detik 8.30 pagi. Tapi, pelukkannya masih kemas. Masih hangat seperti semalam. Masih ada getar di dada.

Aku perhati.. Setiap inci mukanya. Menyentuh dengan perlahan.. "Ah! Terlalu indah!" I fell in love the way you fall asleep; slowly and then all at once.

***

"Esok kita ke IKEA makan meatballs nak?"
"Naaaaaaaaak! Yeeeay!" melompat girang aku bagai anak kecil
"Hehehehe nak makan berapa ni? 30?"
"Eleeehhh nanti salah konsep. Haaa~"

Begitulah kami hari-hari. Tak tumpah bagai anak-anak kecil yang leka bermain. Aku tak kesah. Ini cara kami. Lagipulak, elok begini. Erat dan mesra.

"Saya nak beli lilin baru bi. Ya sekarang dah nak habis. Kan kan kan?" sambil urut kakinya. Konon bodek.
"Boleeeehhh. Untuk isteri saya, semua boleeeeeh"
"Hehehehehe! Baik ah awak ni! Saya urut kaki sebelah lagi eh!"
"Bodek lah tu" terus di tarik aku dalam pelukannya.

Bilik yang serba putih. Di sisi katil ada satu rak yang di buat sendiri. Simple. Cukup untuk puaskan hati kami berdua. Idea deco ni, milik bersama. Yang mana aku rasa, idea dia menarik, dan yang mana dia rasa idea aku boleh di pakai, kami gabungkan, dan jadikan. Hebatkan bila sama-sama!

Di dakap erat, sampai setiap hembusan nafasnya aku rasa. Ini rumah aku. Rumah yang akan aku hias sampai aku tua.

"Sayang, dah lama tak pergi muzium!" cadang aku. Cuba pancing si suami
"Nak pergi ke...?" matanya sudah di tutupkan. Mungkin menghayati bauan lilin dengan lagu postrock yang vinyl mainkan.
"Naaaakkk. Juuuummmm. Boleh tak......?"
Di bukakan matanya, di cium pipi aku; tulus. "Boleh! Dah lama tak date dengan awak!"

Lampu sisi katil dah di tutupnya.
Air cond pun dah di pasangnya.
Masa untuk si suami dan si isteri bermadu asmara. Meneruskan pelayaran mereka ke pulau paling cantik.

***

Dekat sejam aku perhatikan dia tidur. Aku bangun. Terus ke dapur. Buatkan mocha panas dengan chocolate  panas untuk sarapan.

"Rise and shine, Bibi!" Satu nota kecil aku tampalka dekat mug.

"Bi...Biiii.... bangun...."
Jam 11 aku kejutkan dia. Lepas selesai semua kerja rumah. Kemas sini sana. Mocha tadi dah di minumnya. Di sambung tidur balik lah tu.

"Biiiii......."
"Emmmmm" itu aje yang di sahut. Masih dalam selimut tebal. Tiba-tiba, sebelah tangannya keluar macam minta sesuatu aku pun tak pasti. Bila di letakkan tangan aku ke tangan, di tarik aku dengan tenaga lelaki. Terus jatuh ke badannya. Terus di eratkan lagi ikantan peluknya.

"Lagi 5minit boleh, bi..." rengeknya manja
"Noooooo. Nanti ramai orang saya dah lapar ni. Juuuummmm mandiiiii"
"Lagi 3 minit...."
"Biiiii, nanti kereta banyak. Parking susah"
"Kita pergi naik LRT" satu kucupan di bibir
"Aaaaa...aaaaa" terus hilang kata-kata aku. Ah pandai aja dia pancing aku
"Hehehehe jum mandi!" Di dukung aku bagai anak raja ke kamar mandi.

Ketawa kami, ini hasil dari kesabaran selama ini.
Bahagia kami, ini hasil dari tolak ansur selama ini.
Moga berterusan. Amin...


He doesn't shower me with rose petals and fly me to Paris on weekends, but when I silence, he notices. When I dress-up (just a little lipstick and eyeliner), he compliments me. When I cry, he wipes my tears and lends his shoulder. When I feel lonely, he makes me feel loved.

And who needs Paris, when you can get a hug?
:)