22.8.12

Paling sakit,

"Ubat ni setiap 12 jam kasi isteri encik makan ya"
"Okay, ada lagi?"
"Tak ada. Semoga cepat sihat"

Tangan aku di pimpin bagai anak kecil. Erat dengan kasih sayang. Aku lepaskan nafas lega. Hidup di hospital seminggu bagai hidup di penjara. Itu tak boleh, ini tak boleh. Maksud aku, nak bergerak ke sana, sini tak boleh. Tangan berjarum.

"Awak lapar tak sayang?" Soalan pertama aku tanya pada dia. Setiap malam ada dengan aku, mesti penat.
"Awak lapar?" Soalan yang sama di tanyakan balik.
Ini lah, yang di risaukan kesihatan aku tapi kesihatan dia, di biarkan tepi.
"Lapar. Boleh kita makan k-ep-ci?" Tanya ku manja
"Hehehehe. Boleh sayang" Riak mukanya, tenang. Menguntum satu senyuman manis untuk si pesakit

"Bagi saya dua set snack plates. Air mineral ya"

Aku pandang dia. Senyum.

"Bi, boleh habiskan tak?"
"Boleh! Saya lapar!" 
Dia hanya mampu tersenyum

Sampai rumah kami, aku rasa, happy. Ini baru tempat aku. Ini baru rumah aku. Ini baru aku dapat tenang. Terus aku pergi cari bilik kami, terus lompat atas katil.

"Ahhh! Sedapnyeeee bau bilik kita niiiii" Aku terus lompat-lompat atas katil king yang bercadarkan putih. Ini cadar paling lawa, paling aku sayang. Ini cadar malam pertama aku jadi isteri dia.
"Saya wangikan special untuk awak lah, wabbit!"
"Hehehehe. You are ze best in ma world!"
"Come. Lay down with me here" Di tarik tangan aku perlahan dan aku bagai terkena satu sumpahan, terus meletakkan kepala dekat tangan dia.
"Eh! Ada bintang!"
Dia lekatkan bintang-bintang glow in the dark. Alasannya, dia boleh petik bintang untuk aku sebab aku comel.

Tangan aku terus erat peluk dia. Terus, di gamkan dengan gam cinta.
"Do you miss me?"
"When?"
"Every night at the hospital?"
Aku gerakkan jari di setiap inci wajahnya.
"Mestilah! No one hug wabbit. Wabbit sejuk tauuuuu.." Ngaduku, manja.

Satu kucup di dahi. Lama. Syahdu.

"Saya tak boleh tidur takda awak"

....


Aku bisik pada hati dia, "Jangan begitu, sayang. Roh aku sentiasa ada walaupun jasad aku di makan tanah nanti"