12.7.12

Star dust,

"Kalau takda internet, takda laptop, tapi ada saya, boleh hidup?"
"BOLEH!

Jangan di tanya soalan yang jawapannya nanti kau akan ketawa kecil. Anak kecil ini, riangnya, gembiranya, tawanya, semua sempurna bila ada kau. Jangan di tanya kenapa. Jangan di soal, bagaimana. Aku juga tertanya-tanya. Padahal kau juga manusia biasa, tapi, setiap sentuhan kau, itu luar biasa. Seperti sebuk-serbuk magis yang ada pada angel. 

Frekuensi degupan jantung yang tempatnya dalam rangka badan ini pun, aku tak pasti mana kosistannya. Kejap laju, kejap perlahan, kejap pause. Gara-gara yang lagi sebelah aku, jauhnya mungkin beberapa km(s). Jangan di tanya kenapa, jangan di soal bagaimana. Ini juga aku tidak tahu.

Semua ni kerja yang ada di atas sana. Aku cuma terima apa yang di beri. Itu saja. (senyum manja)










p/s: Kita jumpa esok, ya?