12.6.12

Adam dan Hawa-nya,

Kisah Adam dan Hawa. Yang dari dulu lagi tak dapat di pisahkan. Anak kepada sepasang suami isteri yang bercinta 100 tahun. Tak lah. Aku cuma nak bangkitkan suasa je. Ceritanya cerita biasa. Cerita kaum-kaum kita. Papa dan Mama. Punya anak sepasang. Lelaki dan perempuan. Si perempuan adik, si lelaki abang. Orkhed Hawani (3 tahun) dan Adam Harez (5 tahun). Lenggok dan gaya budak-budak ni yang aku nak ceritakan sebenarnya.

"Daddy, can we go to zoo tomorrow?"
"Adik don't have any school" Ajak si Hawa cilik.

Papa sedang enak menonton bola dengan abang; Adam. Dia ukir satu senyuman untuk anak perempuannya.
"Ask mummy first" Decided Papa

Hawa terus capai tangan Papa dan pegang erat. Seerat yang boleh. Cukup untuk di tafsirkan yang papa ini heronya dalam alam dunia. Papa ini segalanya. Papa ini papa Hawa.

Adam pandang mamanya yang sedang sibuk menyediakan mocha panas.
"Mummmyyyy can weeee...?" Sambung Adam. Cuba pujuk rayu Mamanya. Dalam diam, dia tahu Mamanya akan cakap satu kata setuju dan esok mereka akan pergi ke zoo

Tangan kecil Hawa masih lagi pegang tangan Papa. 3 cawan mocha panas di bawa ke depan.
"Here is for you my little mermaid, and here is for you my little superman"
Papa pandang mama, "And here is for you my heart" 

"Masih sedap" Puji Papa. Mama hanya mampu senyum. Malu lah!

Tumpuan pada screen tv sudah lebur, sekarang Papa serious dengan soalan si Hawa tadi.
"Okay.. We are going to the zoo tomorrow and picnic at the park. Okay guys?"
Kali ni Papa senyum, memang dia tahu, she will came out with a good idea. Mama usap kepala anak-anaknya.
"I want both of you promise us, Daddy and Mummy. Pleaseeeee..." Ini rayu Adam. Dia nak buat perjanjian hitam putih. Pandai.

"Promise.."

Esok pagi-pagi lagi si Hawa kecil ni datang masuk bilik. Terujanya dia, "Mummy! Daddy! Come on! Wake up guys! Wake up!"
Papa buat-buat tidur, mama pun! Nak menyakat anak kecilnya ni. Pagi-pagi awal je bangun.

Orkhed Hawani masih lagi melompat lompat atas tilam empuk ibu dan bapanya. Berharap mereka akan bangun dengan segera dan terus ke zoo seperti yang di janjikan semalam. Tapi, hampa. Papa dan Mama masih lagi enak di buai mimpi fikirnya.

Terus merajuk dan ke bilik Adam. "They don't want to wake up, brother" Dengan suara sayu dan sedih. Hampir menangis gayanya.

Adam pegang tangan adiknya, terus ke bilik Papa dan Mama. "You've promised it Dad. Don't broke it"
Orangnya ini pegang pada janji. Bagus. Mama bangun panggil kedua-dua anaknya. Di usap kepala mereka berdua. Di cium sayang ubun kepala mereka.
"Go and take your shower. I'm going to make us breakfast and our picnic. Go go go" Pujuk Mama.
Terus berlari mereka ke bilik masing-masing. Cepat je
Satu ciuman untuk Mama di ubun kepala daripada suami tercinta. "Selamat pagi, Sayang.."


Sampai di zoo, lebarnya senyuman dua orang anak. Tangan Hawa yang kecil mulus selamat berada dalam tangan heronya. Tak lepas. Adam pula dengan Mamanya. Tak lepas. Ini harta, harta yang tak ada harga.




Aku nak cerita, yang anak perempuan aku nanti mesti akan jadikan suamiku sebagai penyelamatnya. Dan anak lelakiku akan menjadi penjaga kepada semua. Itu doa. Dan itu dengan izin Tuhan, akan terjadi.