22.5.12

End of one relationship,

Bulan ni bulan baru.
Aku pasang satu lagi mimpi baru. Mimpi ni ada kita tau.

Tikar lusuh di bentangkan bertentangan dengan tasik, ada bau hanyir ikan, ada dengar bunyi ombak hempas batu, ada sinar dari rembulan atas. Tangan mulus si perempuan bergelut memegang tangan kasar si lelaki. Cepat-cepat di tariknya, takut di biarkan tak berteman.

Kalau ikut orang lain, mesti dah ada bir, rokok, todi, estaci dekat sebelah tapi sebelah aku ada seorang
Dewi. Dewi ni lah dadah, Dewi ni lah mabuk, Dewi ni lah tinggi, Dewi ni lah jantung.

"Kau nak pergi sana bila?"
"Ntah" Ringkas jawapan si Dewi
Hembusan keluh keluar dari corong hidung. Sesak nafas aku

"Jangan lah pergi"
"Kau suruh aku tinggal sini?"
"Ya"
"Untuk apa?"
"Untuk jadi ubat aku kala aku gila"
"Bila kau gila saja kau nak aku, bila kau waras?"

Aku sentap dan terus diam. Betul juga si Dewi ni. Bila aku waras, aku tinggalkan je dia sorang-sorang. Aku lupa pulak part ni.

Angin terus bergulir meneman anak muda dua orang sambil mereka menonton langit dan cuba selesaikan masalah.

"Kenapa kau diam?"
"Aku ni bodoh kan?"

Kali ni, Dewi pula diam. Makin erat dia genggam tangan aku. Macam ada ion yang mengalir bicara sama aku, 'Aku ada dengan kau walau sebodoh mananya kau, serendah mananya kau. Aku ada'

Dewi tak tahu yang aku sedang berikrar dengan Tuhan atas sana. Bersaksikan bintang-bintang pelbagai bentuk, dengan si bulan purnama yang kembang, dan semesta alam yang menghijau. Aku janji, yang esok, tak ada lagi si bodoh yang meninggalkan si dungu.

Dewi tak tahu yang kali ni betul-betul aku berubah. Demi Tuhan!

Dewi tak tahu yang kali ni betul-betul aku menangis untutk dia.

Dewi tak tahu yang kali ni betul-betul aku nak kan dia.

Dewi tak tahu..