2.4.12

You don't have any idea,

Waktu peek hour  macam ni semua orang tengah sibuk kerja, tengah sibuk pergi kelas, tengah sibuk buat itu buat ini. Aku dengan Yer sedang bermadu asmara menindas semua penat lelah selama ini. Dia kepit Aku bawah  ketiaknya. Aku hanyut. Cuaca luar macam menyambut kedatangan kami untuk terus berdua bercinta.

Yer selak rambut aku yang terjuntai, kelihatan indah pandangan aku sekarang. Aku senyum. Yer pun senyum. Satu rasa manis lekat di bibir merah aku. Dan terus melekat sampai satu saat, dua dua hilang dari dunia. Masuk ke dalam satu alam yang dua dua terapung. Tak ada sayap, tapi terapung. Oh, ini syurga.

Tangan Aku merayap di leher Yer, sehelai sehelai rambutnya aku belai. Jari Aku jatuh pada bahunya. Memberi sentuhan selembut lagu yang berkumandang sekarang. Yer pasang lagu merdu untuk kami. Lagu yang aku tak tahu siapa pembikinnya, tapi ianya merdu. Kami bercinta lagi.

----------------------------------------------------

Dua jiwa sudah bersatu, kini yang ada jasad kami berlingkar bersama.

"Kau ni, wangi"
"Busuklah. Tak mandi lagi"


"Bawak Aku bila kau dah mati nanti"
"Tak nak!"
"Hey! Kenapa..."
"Kita akan hidup sampai bila-bila"

Posisi sekarang, atas sofa. Aku face Yer, Yer face aku. Kaki kami bersentuhan, supaya tak ada jarak antara kami. Tak mahu ada seinci pun jaraknya. Tak mahu.

"Satu.. Dua.. Tiga.."
"Apa yang kau bilang?"

"Aku bilang bahagia"
"Sampai tiga je? Humph!"
"Three times of infinity. Berapa jumlahnya?"

-----------------------------------------------------

Ini masa Yer dengan Aku. Pergi lah sana buat kerja masing-masing. Aku mohon, masa ini tak berganjak. Tak bernyawa, tak berjalan. Tapi kuasa Tuhan. Esoknya, Yer pergi. Pergi dan akan kembali lagi untuk bercinta dengan aku. Untuk membikin lagu merdu buat kami. Untuk ada selalu.




Nota tambahan; Mohon baca ini sambil dendangkan lagu Rain by Circadian Eyes. Rasa lah apa aku rasa