9.4.12

Yes, this is

What if I stay and never go?








Aku tidur berbantalkan lengannya sambil jarinya main-main di cuping telinga ku. Rasa sayang makin mengalir dari dia kepada aku. Sedap rasanya kasih sayang ni. Sedap yang tak terhingga.


Aku tekapkan mukaku di lehernya sambil berbisik,
"Boleh aku tinggal sini dengan kau?"
"Boleh.."
"Tapi nanti aku akan susahkan kau"
"Tak ada lah"
"Tapi nanti masa kau akan terganggu"
"Mana mungkin"


Jawapan yang di beri, singkat. Buat aku panasaran.


"Boleh aku tinggal sini?"
Soalan yang sama macam yang tadi aku ajukan dan aku mahukan jawapan yang solid. 
"Boleh sayang. Tinggal dengan aku ya?"


Berat hati.
Aku tak nak aku bawak beban.
Berat hati.
Aku fikir untuk ke lapan puluh juta kali.


"Aku tak selfish kan?"
"What for?"
"Ntah.. Nanti aku ganggu kau punya life kat sini. Aku susahkan kau"
"Hey... Shhh.." Satu kucupan di bibir bagi mematikan fakta aku tadi


"Tinggal sini dengan aku. Nanti kau dah tak sorang"
Nafasnya di tarik untuk sambung arahan tadi
"Muktamad"




Aku terus lemas dalam pelukkannya dan terus berlayar untuk hari esok