4.4.12

White flag for a loser,

Sesak nafas aku di sini
Aku nak terbang
Tapi tak bersayap
Aku nak hilang
Tapi ini bukan cerita katun
boleh invisible

Bukan aku mengeluh. Tidak sama sekali. Aku cuma berharap. Penat lelah aku ini, ada ubatnya. Sabar aku ini tidak ke hujung tanduk. Diam aku ini tidak di pijak-pijak. Tunduk aku ini bukan untuk di letakkan di bawah telapak kaki. Terima aku ini bukan satu jenis permainan yang buat kau lupa diri.

Atas dasar respect, aku diam, aku sabar, aku tunduk dan aku terima. Atas dasar kau orang atas, aku hanya bawahan, aku tak endahkan apa yang sepatut di tegakkan. "Biasalah.." Ayat untuk sedapkan hati. Tapi sampai bila aku nak makan muntah kau?





Aku penat..
Aku nak pergi lah