3.4.12

Where the shit goes,

Keadilan. 

Berjalan aku untuk uruskan hal hal tertangguh sendirian buat aku terfikir. Mana keadilan pergi sebenarnya. Sucinya keadilan sekarang dah tak ada. Busuk macam bangkai. Sekarang, kau ada duit, baru ada adil. Kau sondol sondol dengan orang atas, baru dapat adil. Kau ada jongkong emas, baru adil muncul. Adil sekarang dah di salah erti kan dek manusia yang hina.

Kalau aku, nak meminta sedikit adil, aku perlu ada lombong emas dan cantik atas bawah.
*ketawa bengis*

Tapi apa saja yang aku ada? Hanya hati dan tulang empat kerat yang orang lain tak pandang sebelah mata pun. Jadi, tak ada keadilan untuk aku di bumi ini. Langsung, aku masih di tapak lama. Pegang prinsip, keadilan hanya untuk dewa-dewa bukan untuk manusia yang mempolitikkan keadilan.