15.4.12

Killing self with my own words,


"Nak tinggal dengan aku tak?"
"Aku dapat apa kalau aku tinggal?"

Keadaan diam. Sepi. Hanya angin yang sejuk yang dapat gegar tulang belulang. Apa aku nak jawab ni? Aku tak ada harta. Apa tah lagi rupa. Aku tak ada apa-apa dan bukan siapa-siapa. Macam mana ni?

"Aku.. Aku ada kasih sayang dengan cinta sahaja"

Kali ini, dia pula yang diam. Mungkin masih berkira-kira mahu atau tidak mahu tinggal dengan aku. Cantik tidak, kaya tidak, apa-apa pun tidak.

Aku rasa... Aku salah tanya soalan. Tak layak soalan tu keluar dari mulut aku. Tak layak bagi orang yang sifar segalanya bertanya begitu. Kurang sopan.

"Aku tak paksa.. Maaf sukarkan otak kau"

Terus aku pergi. Tak ada beralih ke belakang tapi aku masih cross fingers. Masih berharap yang dia akan datang berjalan seiring dengan aku. Tak pegang tangan pun tak apa. Seiring aku, mari?

Hope remains hope. Aku kurangkan langkah, kurangkan laju. Tapi masih belum ada yang saing aku berjalan. Berharap sudah, berusaha pun sudah. Mungkin tak ada luck.

Aku berhenti. Kesat air mata yang berjurai. Kenapa nak sedih? Kenapa nak berharap?
Kau tak ada istimewa apa-apa, jadi tiada apa-apa jugak lah untuk mu, wahai T