5.4.12

Bebas,

10:30 pagi
Fizikal aku kusut. Dengan baju tidur masih di badan. Melingkar di atas tilam. Varsity yang menjadi teman tidur aku saban malam masih di peluk erat. Masih terbau bau pemiliknya. Aku capai beri hitam. Mencari nama-nama yang menjadi teman sekerja aku. Tak ada lah teman sangat. Metafor.

Menaip sedikit ayat meminta diri dan maaf. Sebelum tu, aku harus pergi kepada yang atas. Aku cari nombornya. Aku taip dengan habis baik. Suci daripada makian. Suci daripada ayat yang boleh terasa. Aku masih agongkan respect aku. Aku tak mahu kotorkan respect aku atas sebab aku hilang logik akal.

Pengalaman dan semua yang aku belajar dekat situ, aku pahat dekat hati. Ini pengalaman yang selama ni, aku tak pernah terfikir aku akan dapat. Eh, ini satu kebanggaan. Dan ini satu terima kasih untuk si dia yang bersusah payah demi aku. Maaf. Maaf atas kelemahan aku ini. Maaf kerna aku tak dapat jadi perwira perkasa di situ.

Aku masih berdiri. Hati aku masih berbagi. Tapi, ingat. Bukan perasaan kau sahaja yang aku harus jaga. Perasaan aku juga wujud. Yang aku letak tepi dan aku beri belai secukupnya untuk perasaan orang lain. Selalunya begini lah aku buat. Hari ni, aku pecahkan rekod. Aku jaga perasaan aku. Rasa.... Pelik.

*senyum sinis sambil pakai varsity dan betulkan duduk aku*

Sampai ketemu lagi. Aku doakan, perkahwinan kau berjalan lancar. 28 tahun, aku harap, hidup ajar kau macam mana untuk respect orang bawah dan beri sedikit lembut dalam percakapan. Tak ada paksaan, aku  cuma doa kan.

*senyum. hela nafas lega*