28.3.12

Tak masuk akal,

Lagi sekali, cerita yang akal manusia biasa tak dapat terima

A tanya B. "Tak penat ke setia?" B jawab. "Tak." Pendek. Pendeknya macam nak mintak penampar. Tapi dalam perkataan 'Tak' tu kau boleh tahu yang dia bagi jawapan paling pendek dan paling padat. Yang tak perlu di perjelaskan lagi definisinya.

A tanya lagi. "Kenapa?" So. Kali ni perlu di hujahkan sebabnya. Sedia okay? B jawab. "Sebab, benda perasaan bukan benda main-main. Kau nak makan, pernah main-main tak masa tengah makan tu? Kau nak berak, main-main jugak ke? Bab hati ni, kalau kau bawak main, mati. Maksudnya, kalau kau nak, kau jaga. Kalau tak nak, blah. Emm. Aku dah bagi explanation yang paling mudah kau faham. Faham tak?"

A garu kepala yang tak gatal pun. Saja. Taktik. A nak lagi jelas. (Dia ni bodoh sikit) B jawab dengan suara mendatar, "tanya aku soalan nanti aku jawab"

A cari soalan yang kaw-kaw. "Ha! Katakanlah, boyfriend kau jauh nun dekat sana, kau dekat sini. Tak kan nak setia kot?" Okay. Mencabar jugak soalan dia, sikit lah tapi. "Aku setia. Maksud aku, aku tak da nak menggatal dengan lelaki kat sini. Kau tau, lagi jauh, lagi banyak setia" B tahu A bendul. Dia tak akan faham apa yang diperkatakan tadi.

A tanya lagi. "Ehh rugi kau. Kat sini lelaki belambak. Handsome. Kaya. Bukan tak ada yang nak kat kau, banyak kot!" Di api-apikan oleh si A, B tak gentar. "Satu, aku tak pandang rupa. Dua, aku tak pandang harta. Tiga, bila kau dah buat janji, kau kena pegang" B jawab dengan tenang. Ringkas, harapnya A faham.

B terus menghirup oksigen pagi sambil tunggu bus sambil layan soalan A. Hilang jugak bosannya. A bagi pendapat, "Bodohlah kau macam tu. Peluang yang ada, di sia-siakan. Hahaha". Di betulkan rambut yang terjuntai ke depan dan B menjawab, "Bodoh lagi aku kalau aku ambik 'peluang' yang kau cakapkan tadi tu. Sebab hati perasaan orang bukan mainan. Benda abstrak. Kau perlu yakin dan percaya. Di pupukan dengan setia. Akhir nanti, Tuhan bagi kau hadiah sempurna" Alahai, aku cakap tersirat pulak, mampuslah A ni nak faham.

Kali ni, B pulak yang tanya soalan, "Kau suka tengok girlfriend kau orang rampas atas sebab kau alpa?" A diam. Seribu saat dia diam, mungkin terfikir dan mungkin jugak tak ada jawapan. B hanya diamkan diri. Biarlah dia fikir sendiri. Otak ada.


Benda yang kau cakap tak masuk akal tadi tu, sekarang dah masuk kan?