13.3.12

syl

Betul-betul dia baring dekat tengah-tengah playground tu. Dah lewat malam tapi. Rasukan hantu mana ntah tetiba terus baring dekat situ. Sorang pulak tu.

Sambil pandang langit. Tak ada bintang. Tak ada bulan. Awan gelap dah tutup bulan, bintang pulak tak ada malam ni. Kosong langit. Gelap. Tak ada penghuni

"Aku jugak macam kau, langit"
"Jangan risau, kita boleh kawan kita dua"
"Itu pun kalau kau sudi kawan dengan aku"


*mengeluh*
Kenapa kau lepaskan bahagia kau?
"Kalau aku sorang yang bahagia, itu bukan namanya bahagia"
Kau ni pelik bin pelik. Orang lain, bila dia dah dapat bahagia, dia pertahankan.
"Macam mana aku nak pertahankan kalau bukan milik aku?"

*mengeluh*
Setiap keluhan yang ada di saingi air mata. Di biarkan saja mengalir. Deras.

"Kenapa uji aku?" Sesi bercakap dengan Tuhan atas
"Aku ni cenggeng. Kau selalu uji aku. Kau tahu aku penatkan?"
"Aku ni bukan siapa-siapa. Mega pun tidak. Tapi kenapa aku?"

Menangisnya makin kuat. Makin hilang suara dek esakkan yang kuat. Malam itu malam paling sedih, malam paling banyak air mata. Malam yang aku tak nak tahu apa akan jadi esok. Cerita ini pasal sekarang, bukan esok. Ion negatif semakin mengalir. Semakin banyak soalan di ajukan pada Pencipta


"Kasi lah aku senyum sekejap. Kasi lah aku lepaskan rasa lega sekejap.."
"Kasi lah.."





Gelapkan cerita ni?
Sudahnya aku tak tahu apa. Cuba tanya Dia. Dia kan Tuhan