29.3.12

Stranger,

Serbuk-serbuk hujan tadi, tinggalkan bau stranger. Aku sisihkan perasaan sakit tanamkan perasaan kuat. Tegar tak tegar, itu yang kena buat. Coffee pagi tadi yang di tinggalkan atas meja kecik sebelah katil aku, masih di petak yang sama. Konsten. Aku capai iPod si pemilik bantal sebelah aku, cari lagu yang berkenan dek hati. Berkumandang 'Your Hand in Mine' di setiap sisi bilik hiasan bersama.

Aku bangun, bersandar dekat kepala katil, sambil ada dua ekor anak kucing; Abu dan Ali bermain-main di hujung kaki aku. Sengaja di berikan nama mereka bergitu, baru comel. Journal dan pen hitam dakwat basah aku capai, mula gerakkan tangan. Sesuatu telah datang melintas di dalam kotak otak, jadi aku kena catitkannya. Leka menulis, tangan kiri aku capai mug coffee tadi. Sesaat dua, sepasang mata aku terpejam sendiri. Mungkin, menikmati enaknya kopi panas pagi tadi.

Habis 3 muka surat aku lenjan dengan tulisan. Badan aku dah mula lemah balik. Aku tarik selimut tebal kami, aku tutup badan sampai paras dada. Beri hitam aku genggam, hati aku kini terbahagi dua. Mahu teruskan atau tidak?

Ego yang baru nak di bina, di cantas dek perasaan yang beraja. Sejak bila kau pandai main ego? Akal fikiran aku masih lagi mahu teguh pada logik. Tapi, raja perasaan tadi syaitan. Dia cakap, kasihankan diri kau yang hanya bersisa itu.

Aku menang, wahai raja syaitan. Logik aku lagi mega dari kau punya nafsu. Kehendak aku tepikan. Tepat pukul 6 nanti aku dapat barang aku, aku cuma perlu sabar. Susah nak sabar itu aku tahu, tapi, sabarlah. Aku tak kemana, di atas katil bertemankan Abu dan Ali. Lagu yang aku pasang tadi dah diam, kehabisan cell kering. Jam dinding bunyi bila tepat pukul 6. Tandanya, masa aku dah tiba.

Berdebar aku tunggu.
Bersabar aku tunggu.

"Sayang.. Saya dah balik"
Itu yang aku nak dengar. Terus aku bangun dari tidur, sakit tadi yang suka dera aku ntah hilang ke mana. Aku dakap badan yang bau enak terus tarik dia ke katil sama-sama dengan aku.

"Awak bosan ya..?"
Aku gelengkan saja kepala cepat-cepat. Apa pulak aku bosan. Aku berjaya lawan raja syaitan, dan aku dah dapat hadiah aku sekarang.

Butang bajunya aku bukak satu per satu. Makin kuat pula bau badannya. Makin ligat aku cari sumbernya.
"Saya tunggu awak pulang dan saya dah tak sakit dah!" Suara gembira yang terbit dari dakapan sang cinta yang sayup sayup kedengaran tenggelam dek pekat asmara.