19.3.12

Serah diri,

Sekadar ingin bertanya, ini kah realiti yang orang selalu sebut-sebutkan tu?

Sebab aku tak larat nak ambik port. Tak larat nak langkah guna kaki. Tak larat nak mencerna hati sendiri. Tak larat nak mempersetankan jiwa untuk sembah realiti. Kali ni. Aku betul-betul nak tenggelam. Rasa, kosong. Soalan soalan yang sendiri tanya, jawapan apa satu haram tak ada. Yang ada, tanda titik yang panjang. Apa semua ni? Orang lain akan cakap, ini ujian Esa. Aku tahu kalau Dia sayang, lagi dia uji. Tapi sampai  bila? Bila aku cakap macam ni, nanti orang cakap aku dah hilang pedomanan. Mana iman aku? Ada. Iman ke, pedoman ke, benda abstrak. Kau tak boleh nak judge aku begini, begini bila aku cakap macam ni. Ini fikiran manusia yang terhad, yang cuma ingin tahu, apa ada depan sana. Tuhan punya rahsia, kebal. Aku dah nyawa-nyawa ikan. Duduknya aku, mata aku pandang depan, cuba lihat ada apa. Ramai orang, tapi kosong. Dalam duduk aku, cuba cari mana jiwa? Terbang merata-rata mintak tolong supaya semadikan balik dalam sangkar jiwa semula. Langkah-langkah aku hayun tapi ke mana arah tuju nya?


Semua macam tak kena. Aku tanya Dia. Kenapa susah sangat? Aku buat perjanjian. Pinjamkan aku sedikit kekuatan dan semangat. Yang di namakan manusia, tamak. Ini yang susahnya. Aku nak balik. Tolong pimpin aku siapa yang perasan aku dekat tepi longkang busuk ni. Aku busuk hamis. Kalau ada yang sudi tumpangkan..