21.3.12

Past,

Pukul 7.34petang, duduk dekat bus stand, sebelah aku ada tiga orang perempuan sedang garik gelak tawa. Pandangan aku letak lurus di depan. Melihat kelibat mobil-mobil lalu tanpa henti. Diaorang ni perasan tak aku dekat sini? Telinga aku tangkap perbualan mereka bertiga.

"Hari ni, aku makan nasik goreng telur"
"Aku penat lah harini"
"Weh.... Crush aku, keluar dengan perempuan lain ah tadi"

Benda remeh macam tu pun masih diaorang bahaskan sesama sendiri? Aku diam. Aku buang pandangan ke depan sambil mendengar gelak tawa mereka. Suka betul. Jari kaki aku gerakkan sikit. Lenguh. Penat tadi dari pukul 9 sampai 7. Tangan menjalar ke leher, urut-urut leher. "Eh panas lagi badan ni". Hanya monolog dalaman yang orang lain tak tahu.

Dua hari lepas aku demam. Macam-macam hal, lagi aku jaga, lagi nak ada hal. Kerja Tuhan, siapa boleh lawan kan. Sepositif boleh aku fikir, tapi bila dah lemah tu, lemah jugak. Kaki melangkah, dengan sekuat tenaga, cuba tangkis rasa negatif. Senyuman yang sebelum ni menghiasi, hilang terus. Yang ada, pucat.

"Mana lah bus ni"

Tawa mereka masih bersisa. Aku pandang sekilas, seronoknya mereka ketawa. Ada cemburu yang datang cuit jiwa. Cepat-cepat aku tangkis. Terus tangan capai beri hitam scroll down Twitter dia.

Dua jam kemudian, batang hidung bus pun tak ada. "Kena jalan kaki lagi ni"
Penat tadi, rupanya aku tak tinggal. Aku bawak sekali lagi. Aku ingatkan, selangkah aku keluar dari pintu sana, aku dah tinggal apa yang aku hadap dekat sana. Tapi tak, aku masuk ke pintu ke dua. Kena hadap lagi sekali. Tapi mulut ini masih diam membisu. Matanya redup sahaja. Mula atur langkah. Redha.

"Aku failed bab ni" Sambil melihat kenderaan kiri kanan. Susah nak estimate sebenarnya, ke aku sorang yang ada penyakit ni.

Jam dah tunjuk pukul 8. Matahari dah lama tinggal aku. Nafas makin kuat. Ini maksudnya, aku dah habis paksa diri untuk tak rebah. Mulutnya masih kunci rapat. Berapa minit masa ambil, aku tak peduli, asalkan aku selamat sampai sudah. Slow-slow. Tak apa.

Sampai je Kristal. Aku terus pergi buai. Lepaskan satu keluhan. Tapi mulut masih membisu.