13.3.12

Ki,

"Mana kau tinggal semua barang kau, Ki?"
"Apa yang aku tinggal? Semua ada ni ha"
"Tipu.."
"Eh, ada semua dengan aku ni lah!" Sedikit marah

"Mana kau tinggalkan senyum kau, tawa kau, gembira kau, soul kau..? Aku tengok dah macam mayat hidup"
Ki diam. Terbisu sekejap.
Berat mata memandang, berat lagi yang di tanggungnya. Apa yang dia cuba sembunyikan ni. Mata melirik ke ke depan. Membentangkan horizon seluas alam tapi kosong. Nak kata warna putih pun tidak, hitam pun tidak. Kosong.

Cepat-cepat di ukirkan satu senyuman. Nampak berat sekali tapi di gagahkan jugak.
"Apa boleh buat.. Nasib badan"

Baju yang sama di pakainya sejak dua bulan lepas. Tak pernah berganti lain. Lusuh dah aku tengok. Sakai budak Ki ni.
"Kau dah takda baju lain ya? Nak pinjam baju aku?"
"Ada. Tapi baju ni paling aku sayang. Bila aku pakai, aku rasa dekat"
Ki diam. Menghela satu nafas. Aku tahu dia sedang ingatkan seseorang. Seseorang yang penting. Lebih penting dari dirinya sendiri dan lain-lain

Ki sekarang tak sama dengan Ki 1 tahun lepas. Mana ntah Tuhan sorokkan Ki yang dulu. Anjakan paradigma apa ntah ini. Aku pun celaru. Ki 1 tahun lepas, gembiranya bukan main lagi. Tawanya saja sudah dapat penuhkan satu semesta. Senyum lebarnya, eh dia sajalah yang reti senyum lebar. Comel je aku tengok. Sihat walafiat. Ki sekarang.. Semua benda dah hilang. Pergi macam tu je. Macam angin..

"Ki.."
"Aku okay"

Benda biasa orang cakap, tapi susah nak buat. Eh, tipikal lah semua ni. Kau cakap senang, tapi untuk Ki.. Aku tengok matanya saja pun aku tahu dia rabak. Dunia ni mungkin tengah caci maki dia sekarang. Tapi aku tak pernah tengok Ki menangis. Kau ni kental sangat Ki.

"Aku rasa macam nak pergi jauh.."
"Ke mana?"
"Ntah.. Bagi idea"
"Pantai?"
"Tak nak.. Syurga"

Posisi duduk di betulkan. Petang itu, dekat buai. Tempat selalu di jejak bila diri mula buat hal. Langit yang luas pun tampak sempit. Angin yang ada nyaman pun bisa sesakkan nafas. Ada orang tengah bergelut dengan ujian Tuhan. Tapi diam diam sahaja.







Aku tu aku, Ki tu aku.