11.3.12

Bulatan orbit bentuk hati,

"Letak tangan kau atas kepala aku"
"Eh? Kenapa?"
"Aku suka. Aku selesa"


Bila Tuhan cakap, dia kau punya. Aku terus ambik dan simpan. Lalu aku cakap, sampai bila-bila aku punya. Aku tak nak pulangkan pada Kau semula. Superhero. Itu orang putih panggil. Aku panggil guardian. Eh, okay itu pun orang putih jugak. Tak kira lah putih ke hitam, yang penting faham.


"Nampak tak malam ni bintang tukar jadi bentuk luv"
Aku cakap dalam hati. Tapi rasa buak-buak macam onggile, aku cakap pada kau. Lepas tu baru lega sikit. Macam malu pun ada.

Tapi aku nak cerita fasal letak tangan aku atas kepala kau. Bila tapak tangan aku dapat cecah rerambut, di situ ada satu energi yang Dia kasi untuk aku kongsi dengan kau. Kau dapat rasa kan? Eh aku malu lah nak cakap macam ni. Tapi love is definitely crazy. Semua pencinta tahu macam mana gilanya cinta tu.

Apa aku nak cerita sebenarnya ni? Hmm. Fasal kau. Sebab sekarang, I swear to God, nama kau, kau, bau kau, tulisan kau ada dekat mana-mana. Emm maksud aku, aku tengah fikirkan kau sekarang ni.









p/s: Aku kena gigih untuk lagi 12hari