25.3.12

*

Tidur kau nyenyak sungguh. perhatikan kau setengah jam lepas masih begitu gayanya. Sampai suara bisik aku tidak langsung mengganggu kau.

"Apa kau akan cari aku, bila aku tak ada?"
Sambil tangan aku merayap di bibir kau. Paling halus sentuhan yang aku berikan.

"Apa aku dah jadi yang terbaik untuk kau?"
Jari aku makin galak menyentuh kening kau. Cantik, detik dalam hati

"Apa nanti, kau dengan aku, kita tua sampai mati?"
Kali ni, aku tak menyentuh apa-apa. Cuma berhati-hati agar air mata aku tak jatuh kena kulit kau.


Aku perhatikan setiap inci kau. Semua dah di mamah. Nafas di tarik, dan di lepaskan perlahan. Cuba lelapkan mata dalam dakapan kau. Moga esok hari yang baik untuk kita