16.3.12

Ana,

Selama ini, Ana buta. Semua benda dia buat sendiri, sampai satu masa ada lelaki ketuk pintunya dan cakap, "Boleh saya tolong?"

Mula dari saat itu, Ana perlahan lahan cuba bergantung pada bahu lelaki itu. Sikit-sikit beban dia, dia sangkutkan pada lelaki itu. "Tak apa. Aku kan nak tolong kau" Ana hanya dapat mendengar. Tapi bukan melihat. Hati nya paling tajam mula dari saat dia jadi istimewa. Selama ini, hidupnya sorang. Makan, minum, tidur, berjalan. Sorang. Benda-benda basic macam tu pun dah sorang, nak di bandingkan dengan benda-benda yang selalu orang ramai atau berdua buat, sumpah demi Tuhan tak ada langsung dia dapat.

Bila buta. Satu warna sahaja yang dia nampak. Hitam. Gelap. Gelita. Kosong. "Buat kau kau yang masih celik di luar sana. Hargailah apa yang kau nampak"

Percayanya dia pada si lelaki mula berputik. Makan dan minumnya terjaga. Macam bidadari. "Rasa jadi bidadari, macam ini kah?"

Hari-hari ada orang bercakap dengan Ana. Sedikit kekok, tapi dah dua bulan, kekoknya mula fade. Mula timbul rasa sayang, mula timbul rasa rindu. Sebelum ni kosong! Ah, permainan jiwa semua ni. Ini yang paling aku nak elakkan. Jangan hilang fokus, Ana.

"Kau dah lama buta?"
"Sejak 5 tahun lepas"
"Kau buat semua ni sorang sorang?"
"Ya"

Ana masih lagi berkira-kira, haruskan dia percaya pada si lelaki yang entah siapa datang dan tiba-tiba hulurkan tangan seperti dia sudah lama kenal aku. Siapa dia? Siapa dia ni? Eh penat aku fikirkan dia siapa. Bukan boleh aku tengok rupanya macam mana, handsome kah, apa kah. Ke situ pulak Ana fikir.

Setahun berlalu. Angin timur dah pergi. Sekarang musim panas tiba.
Mata buta Ana masih buta, tak ada pun yang berubah. Cuma..

Rumah yang kaler biru, dekat hujung sana. Pemiliknya sudah tiada. Dua bulan lepas. Pergi sama dengan angin. Pergi dekat Dia. Si lelaki yang masih anonymous, menghela nafas panjang. Kaki di bawakan ke tanah kubur belakang rumah biru. Ada bunga kasturi atas kubur tu.

"Moga kau tenang di sana"
Ada sepucuk surat Ana tinggalkan untuk si lelaki. Baru sekarang ada kekuatan untuk di bacanya.

"Hi anonymous. I don't know who you're exactly. But, I really appreciated you came in my dark life and coloring my days. I can't see you but I can see your heart. Your kind heart. Thank you for take care of me till my last breath. For your information, last time I talked to God, can I sleep for my forever sleep in someone arms; who cared about me. Then, He sent me you. Magic."

Ana pergi. Pergi untuk tidak menyusahkan si lelaki lagi. Pergi mencari cahaya yang selama ini dia tak jumpa. Selamat tinggal, semua