17.3.12

Aku letak bintang pada tempat asal,

"Kau lupa ya?"
"Lupa apa?"
"Nak jadi nyawa aku sampai syurga"

Itu dialog aku sendiri. Dah lama aku tak teguk benda haram ni. Tapi malam ni, aku ingkar janji dengan Tuhan atas, aku teguk 3 botol. Sebelum ni, aku dengan Dia dah buat perjanjian yang aku tak nak sentuh benda haram jadah ni lagi dah. Walau apa pun jadi. Tapi, yelah, aku bodoh. Silap aku pergi buat janji.


"Kenapa.."
Itu yang mampu aku suara kan. Dalam samar malam, kepala aku pun dah pusing pusing. Yang atas aku nampak bawah. Rasa nak terkencing pun ada. Botol ke 4 aku teguk, ni botol terakhir. Ni je harapan aku.

"Tuhan. Kita kira nanti, ya?" Tempik aku pada langit. Biar satu dunia dengar! Yang aku hanya mahu tahu kenapa..

"Reality's sucks ass!"
Maki hamun aku pada kehidupan. Apa aku nak, tak dapat. Ini lah padahnya. Lagi pun, selama ni, aku diamkan saja. Apa aku nampak aku butakan. Kau selingkuh sana-sini. Apa aku rasa, aku buang jauh-jauh. Semata nak jaga apa yang kita bina.

"Tuhan, kasi aku pergi. Boleh?"
Putus asa. Aku tak marah, aku cuma kecewa. Orang yang pandai main janji ni, tak boleh di bawak ke kubur. Janji kau ke mana, kau ke mana.

Malam ni, malam Jumaat. Angin sepoi bahasa, sapa pipi aku, cuba pujuk aku. Bintang atas langit, penuh. Nak jadi saksi katanya. Aku depa tangan. Ingat nak rasa angin malam ni. Tapi tergelincir pulak. Jatuh dari atas bukit. Hati terobek dek kayu tunggul. Masyaallah!




Aku tahu ini balasan aku sebab mungkir janji.