2.3.12

2.1

Tepi tingkap yang nampak dada langit tu, duduk sorang budak kecik pakai baju jersi malaysia yang seseorang hadiahkan. Tangan lincah menaip sambil dengar budak-budak rumah bercerita. Mata sekejap pandang dada langit. Sekejap pandangnya hilang. Sekejap pandangnya ke phone.

Nak tekan lagu, tapi tak tahu lagu apa yang sesuai sekarang. Macam... Ntah. Aku masih dekat awan lagi ni. Tak nak turun. Tak nak pergi realiti sana. Haih. Sebab aku dah jumpa diri dalam masa dua hari tu. Eh, bahagia sangatlah. Elak rabai je bibir asyik senyum. Ketawanya, pepergh. Tak payah suruh. Ada je sekejap-sekejap.

Mata di alihkan balik pada langit, pada orang-orang yang sedang makna di meja makan dalam rumah. Diaorang tak perasan aku ke? Aku tegur, takdapat respon. Eh tak apa lah. Nanti aku tegur lagi. Otak bergerak cepat putar balik apa yang aku gembira sangat tu. Orang tak tahu, tapi aku tahu. Manisnya tang mana.




Nanti aku nak jumpa dia lagi lah. Aku dah kumpulkan semua semangat ni. Nanti.. Kita jumpa lagi okay? Janji tau?