11.2.12

Stay..

Dia bisu. Satu patah perkataan langsung dia tak dapat cakapkan. Macam mana nak komunikasi? Dia bisu.

Rambut pendek. Mata sepet sikit. Satu yang aku baru perasan. Dia punya.. lesung pipit. Cantiknya. Dengan gigi taringnya. Rambut yang perang asli. Kecil, orangnya kecil dan kurus. Colar bone paling ketara. Bibirnya selalu pucat, merekah. Tapi sayang.. Dia bisu.

Si bisu; Joan. Selalu bawak buku nota dan pen kemana sahaja dia pergi. Ini saja cara dia berkomunikasi. Satu hari, di tepi tasik. Ramai orang. Ada kanak-kanak bermain basikal. Meriah. Ada famili di hujung sana. Jogging bersama. Ada dua pasang kapel di kiri Joan. Ada senyum bahagia, ada tawa gembira. Ada cinta di situ. Joan keluarkan pen dan buku nota. Mula coret untuk catatan hari ini.

   "Weekend. Lotsa people. Love. Laugh. Kids. Nice clouds. I hope I can tell you this. How exactly I feel. I want someone feel what I feel, what I see. But I can't talk. So, I write all these things down here, hopefully, there is someone who can feel how I felt."

Beredar dari situ. Mulutnya masih terkatup. Masih sifar perkataan. Satu hembusan. Satu hari aku dah habis. Esok jumpa lagi, ya?

Entah kenapa, malam ni Joan rasa sunyi. Pandangannya di lemparkan pada bulan penuh malam ini. Pen di tangan di putar-putar. Seperti mahu menulis. Tapi bulan lagi indah malam ini. Perfect. Rumah ini terlalu sunyi. Yang Joan dengar cuma deruan angin and bunyi loceng Putih. Putih kucing parsi yang Joan bela sejak umur Putih 6 bulan. Jinak.

Sesekali di pejam matanya. Di ruang gelap di tubir matanya, datang satu tubuh. Sesaat. Hilang lepas itu. Mungkin Joan rindukan seseorang. Seseorang yang terasa jauh daripadanya. Seseorang yang amat penting buatnya. Joan lihat bulan. Masa ini bukan datang selalu. Yang cantik selalunya sekejap. Amati betul-betul.

   "It has been ages, but you still come to me. Could I deny this feeling tonight, but I just can not.. You never leaved me. Never ever. My heart just full with you. Not only my heart, my breath, my thought, my surrounding.."


Malam berlalu. Angin dingin malam itu menggigit tubuh kurus Joan. Menggigil. Joan cuma berserah kepada anggin. "Ambil lah aku, aku kalah". Begitu senang dia mengalah malam ini. Kenapa? Joan menggigil sampai dia tertidur.

    "I miss you. You need to warmth me tonight..." Dalam hati, Joan bercakap. Bercakap pada roh tubuh yang datang masa matanya tutup malam itu. Sebegitu, Joan serahkan semuanya sampai esoknya, dia bangun. Dia ada di syurga. Syurga.