18.2.12

Sigg dan Agin

Dah sepuluh hari tak hujan. Hari ni hujan. Tiba hidung aku tertusuk satu bau mocha panas. Sedapnya bau. Dari tadi, sepulangnya Agin dari satu tempat, senyap saja. Bertemankan blackberrynya di atas meja memasang lagu First Breath After Coma. 

"Sayang, aku bawak kau ni. Jemput minum" Sigg. Sigg cuba hiburkan hati wanitanya itu. Dari tadi, pandangnya Agin kosong. Mungkin dia lagi fikirkan hal tadi
Di usap kepala Agin bagai anak kecil. Satu kucupan untuk redakan gelodak di hati. 
"Aku tahu kau takut. Jangan risau. Aku ada" Telepati ke hati Agin. 

"Esok kita main layang-layang nak, bi?" Agin mula bersuara. Aku nampak ada sinar dalam mata cokelatnya
"Boleh. Kita main esok ya?"
"Nanti.. Agin tak ada.. Bi ingat Agin lagi lagi tak?"
Aku peluk dia erat. Aku tahu dia tengah serabut sekarang. Aku boleh rasa badan dia menggigil ketakutan.
"Hey, bi ikut Agin pergi okay!"
"Jangan tinggal bi sorang. Cubit nak?"
"Hehehehe. Okay bi. Ikut tau!"




Tuhan. Kau tahu kan apa yang aku bilang pada Agin tadi benar. Ia juga doa aku. Aku mahu pergi sama Agin bila kala malaikat Kau panggil nanti. Tolong ya, Tuhan?