19.2.12

Shhh, dengar tu

Terhuyung-hayang dia berjalan. Ke kiri ke kanan. Sekejap senyum. Sekejap ketawa. Sekejap tangannya di depakan seluas langit atas. 

"Kau mabik ya?"
"Hahaha. Tak ada lah!"
"Kau.. Ketagih? Dadah?"
"Oyyy. Aku waras lagi lah"

Lagi hebat ketawanya. Lagi gila aku tafsir 

"Habistu?"
"Aku mabuk cinta. Aku ketagih dia"

Patutlah malam tu aku nampak bintang penuh hias langit. Bulan nampak tengah klimaks. Angin berderu selembut bayu. Ada orang tengah di lamun cinta