3.2.12

Mocie Cookies,

Datang lagi kisah kita. Memang tak ada hujungnya pun. Cuma aku nak setiap muka surat buku tahun ini, aku tulis apa yang kita dah buat. Cuma ini yang boleh buat kenangan itu manis sangat.

Satu pagi, sebelum 1Febuari. Aku kerah otak, apa yang special. Oh ya! Dapat satu idea.
Tubuh lelaki yang enak bermesra dengan tilam dan anak-anak. Mereka kelihatan sangat adorable. "Aku gigit sorang-sorang kang nanti" hanya monolog dalaman.

Selesai mandi, aku berdiri depan cermin. Itu aku. Dan ini juga aku. Sambil melihat gambar lelaki yang hidupnya menjagaku. Diakan angel. Tersenyum sendiri. Aku mesti pantas. Esok hari bahagia. Gerak geri aku perlahankan. Tak mahu dia dan mereka bangun. Ke dapur aku berjalan. Siapkan sarap untuk mereka. Hari ini hari minggu. Biasanya mereka bangun agak lambat. Aku nak ke cold storage kejap. Ada hal yang perlu di selesaikan segera.

List barang-barang yang nak di beli penuh satu kertas. Butter, chocolate chips, brown sugar, tepung. Aku berjalan dekat section milk. Anak-anak pasti suka. Tambah-tambah si Moo. Terus aku capai susu strawberry dan yogurt untuk Nyek. Sorak sakan lah diaorang nanti ni. Hati kecil aku tertawa. Habis membeli barnag-barang aku terus ke mall. (makin lebar senyumnya si perempuan ini)

Melulu aku ke Topshop. Terpandang jumper lelaki di gantungan. "Size ini sizenya. Harap-harap dia suka." Aku terus melangkah ke kedai balut hadiah di tingkat dua. Satu kotak hitam dengan riben di atasnya. Ini sesuai. Okay, perlu balik rumah sekarang. Mereka pasti dah bangun.

"Mummy....!!!" Suara anak-anak riang menyambut aku. Terus di dakap badan aku sambil dua-dua mencium pipi. Eh. Suka betul anak-anak aku ni.
"Mummy, did you got something for us...? Me want me want!" Anak aku paling manja, Moo. Petah bercakap.
"Adik.. You're so tak sabar" Nyek bersuara. Tapi aku tahu. Dia pun tengah tunggu aku bagi sesuatu untuknya. Pandai.
"This is for you.. And this is for you" Aku agihkan susu dengan yogurt kepada pemiliknya. Moo dah dapat susu terus tinggalkan aku.
"Thank you, Mummy! I know you love me!" Nyek. Di pimpin tangan aku menuju ke ruang tamu.
"Daddy mandi..." Moo bersuara. Susunya sudah tinggal separuh. Anakku itu seakan tahu aku mencari kelibat sang lelaki.

***

"Sayang, saya nak bawak anak-anak pergi dentist kejap. Hari ni turn diaorang" 
"Okay!" Ini lah masa aku
"Awak.... Tak nak ikut?"
"Tak kot, bi. Saya ada banyak kerja rumah nak di siapkan" Kata ku lembut sambil menatap wajahnya.
"Okay. Take care. Anything let me know okay!" Satu kucupan di dahi yang di dambakan setiap wanita.

***

Aku ligat bekerja. Masukkan tepung. Pecahkan telur. Masukkan chocolate chip. Dah siap adunan, aku susun di atas dulang dan bakar. Baunya melekat satu rumah. Ada anak-anak ni pasti mereka seronok. Sepanjang kerjaku, bibir ni tak berhenti dari senyum. Dah kenapa lah dia ni.

Aku susun cookies dalam balang. Sorok dalam almari atas. Sekarang, masak untuk dinner pulak. Ada, roasted chicken, mashed potato, fries and sparkling sirap. Ini menu untuk malam ni. Aku hias meja makan, ada candle, ada bunga lily. Semuanya, perfect. Aku ke ruang tamu. Bukak lagu jazz. Badan aku sandar ke sofa. Tertidur rupanya.

"Jangan kacau Mummy lah, adik.." Slow Nyek menegur adiknya.
Tubuh lelaki di sebelah ku memeluk isterinya di sebelah kanan. Erat. Anak-anak memeluknya di sebelah kiri. Manja.
"Mummy mesti penat ni.." Katanya kepada anak-anak.

Aku terjaga. Rasanya macam dah lama aku tertidur ni. Aku bangun. Dengar riuh di dapur. Eh? Rupanya dia dan anak-anak tengah siapan meja untuk dinner kami. Semuanya dah siap di hidangkan, datang si Moo.
"Mummy, come. Dinner is ready.. Daddy said, tonight we got special date" Celoteh budah ini boleh tahan jugak. Aku tersenyum lalu ku dukung anak kecil itu.

"Hi" Tegurnya
"Hi.." Terukir satu senyuman manis dari ku untuk dia tercinta.
Doa makan di dahulukan. Seronok mereka. Aku pandang dia dengan penuh rasa hormat dan sayang. "Ini untuk kita" Monolog dalamanku. Dia seolah mengerti. Membalasnya dengan kelipan mata. Tanganku digenggam, rapi. Bagi tali rapia yang bersimpul mati. Sumpah tak akan dapat di bukaknya lagi.

Jam berdetik. Tepat pukul 12. Aku hulurkan sebuah kotak yang di balut rapi. "Ini untuk awak. Selamat hari Edad/Taty" Tangan lelaki itu aku salam dan kucup.

"Selamat, sayang. We got long journey to go. Be ready"
Malam itu, aku, dia, anak-anak, makan cookies sambil tonton cerita kegemaran anak-anak.
Tangannya paut aku.

Ini akan sampai bila-bila.