17.2.12

Let's talk in my language,

Orang cakap bercinta tu macam oksigen. Hari-hari ada. Hari-hari kena ada. Orang lain cakap pula, bercinta tu macam berkawan. Walaupun tak nampak, walaupun tak bersapa tiap-tiap hari, tetap ada di hati. Orang yang ketiga cakap pula, bercinta tu memuja kekasih supaya sampai alam mati.

Kau pilih. Kau nak sampai tua ke, hari-hari bertukar.
Pilih lah.

Bagi aku;
Bercinta ni, macam bernafas. (Mungkin subjek utama aku macam orang pertama cakap) Oksigen ada dengan kau duapulo jam. Ada oksigen tiba-tiba hilang? Macam tu bercinta. Ada. Tapi tak nampak. Tapi boleh rasa. Mencucuk dalam tulang. Sampai ke jantung. (Mungkin kau kata aku ni hatkor cinta)

Hari-hari rasa. (Okay, aku dah mula relate dengan orang ke dua) Rasa hari-har lah. Tak kan kau nak, hari ni rasa, esok tak. Lusa was-was nak bercinta ke tak nak. Tulat, terus tinggal. Hey! Ini bukan jadual makan kau. Yang ikut suka hati, hari ni nak makan. Esok nak diet. Lusa, mati. Orang nak makan hari-hari, kalau boleh tak nak kebulur. Bukan nak pilih masa, ini ke itu. (Mungkin kau cakap... aku ni kolot)

Bercinta ke berkawan. (Sekarang kau pula yang kolot) Tak semestinya bercinta tak boleh berkawan. Hello, bercinta dan berkawan tu lagi bagus. Memahami, menolong. Maksud aku, tengok dari perspektif kawan. Apa kawan buat untuk kawan. (Aku tak tahu nak elaborate yang ni macam mana, boleh faham tak?)

Puja lah selagi mampu. Puja lah selagi kau boleh hadap. (Mesti ada salah faham nanti, aku suruh puja bukan macam kau puja Ayah Pin, minum air bontot bagai. Tak. Puja ni, puja lain) Jangan nak main dengan setia. Jangan nak main dengan percaya. Kau nak makan 'what goes around, comes around' cuba buat baru boleh rasa.