22.2.12

D/ms

Aku tak tahu apa akan jadi besok. Cuma nampak gelap dan kosong.
Tapi aku dengar ada orang panggil-panggil nama aku dekat hujung sana.
Eh, belum habis lagi jalan yang aku jalan ni. Baru masuk terowong rupanya.

Suara tu panggil tanpa henti. Aku dah mula nangis. Takut.
Bukan takut dek suara itu, tapi takut dek gelap gelita.
Macam mana aku nak gerakkan kaki aku ni kalau aku tak nampak apa-apa di depan.
Ada belok kiri kah, belok kanan kah, terus saja kah.

Aku dengar suara itu cakap, jalan terus ke depan. Terus.
Penat aku menangis, air mata aku kesat dengan lengan baju.
Cuba angkat kaki, berjalan macam manusia yang bukan cacat.
Perlahan. Perlahan. Air mata dah tak kelihatan. Yang ada cuba tekad dan doa.




"Moga aku jumpa punca suara dan cahaya nanti hujung sana"



Aku tunggu kau di sini. Jangan mengalah. Kita kuat sama-sama