2.2.12

Bila dalam keadaan itu, ini jadinya

Panggil saja aku kolot, aku tak kesah. Tapi ini yang sepatutnya. Atau.. Ntah
Sukanya kau bila keadaan kau tidak ada dengannya. Kau tebar rindu sana sini.
Aku yang kolot ini percaya, kalau kau nak kau jaga. Tak nak, jangan acah-acah nak
Benda bab-bab perasaan ni, bukan macam kau main game dekat arcade sana.
Bayar token, boleh main sampai habis token.

Manusia yang Tuhan jadikan ini, punya hati dan perasaan. Ada cinta dan sayang
Iya lah. Panggil aku kolot lagi sekali. Kononya berkawan sahaja.
Kalau kau dah bersayang-sayang, berindu-rindu, orang punya kau lupa. Kau dah berpunya pun lupa.
Hey, takrif rindu dan sayang pada kawan lain daripada apa yang kau buat tu.

Panggil lagi aku kolot.
Sekurang-kurangnya aku tak bermain dengan karma.
Sekurang-kurangnya aku tahu macam mana nak menghargai
Mohon kau fikir sejenak. Mana betul, mana tidak