10.2.12

Bella Luna,


Tuhan sudah beri dua pilihan
satu A, satu lagi B
Kalau ikut perkiraan ramai, semestinya memilih A.
Sebab A kan nombor satu. A kan yg utama. A kan terbaik.
Ya. A.
Tapi aku.. Aku pilih B.
Mungkin kerna tak ramai yg pilih. dan mungkin ini arah aku yg sebenar

Aku tarik nafas. Masa yg di berikan 30saat.
Aku perlu gadaikan seluruh kehidupanku dalam 30saat
Ini antara hidup dan mati!

tik. tik. tik.
Setiap detik yang aku dengar, sedalam-dalam alam aku pergi
memejam mata dan berfikir
Apa yang terbaik, berapa gunung yang akan aku daki nanti

Ada air mata menitis. Ini tidak sengaja. Luar jangkaan aku
Mungkin ada drama yg berlegar di ruang hitam; layar mata tatkala mata di tutup rapat
Mungkin aku dah tahu masa depan. mungkin aku kecundang

Tepat 30saat. satu suara garau, kuat, pekik pada gegendang ku
"Apa kau pilih?
"B"



Bila aku pilih B. Ini noktahnya.
Aku bawa belayar beribu jam bersamaku.
Semoga kau berjaya
Aku tahu kau akan berjaya