9.1.12

Touche' Amore'


3:35am


Kau ni manusia ke malaikat?
aku selalu tanya mcm tu dlm diam. Aku selalu puja kau
mungkin kau tak tahu. Dah lama hal ni, cuma aku diamkan je.

Hm..
Hati kau baik. Aku dah jelajah setiap pelusuk hati kau,
semuanya bersih. Tak punya setitik jahat. Jahat, jahat yang boleh datangnya dimerit.


Malam, siang. Hari hari. aku perhati dan terus perhati sampai ini dah jadi kerja harian aku.
Mana lah dia kau punya dimerit? Semuanya aku lihat sangat sempurna. Mana ntah syaiton penghasut amarah, semuanya tak lekat dengan kau. Eh? Punya sesuatu lah kau ni.


Tapi, orang cakap. Berat mata memandang, berat lg bahu memikul. Bukan bahu je yang pikul, hati dan perasaan. Gerak geri kau dah jadi santapan aku dalam diam. Aku jamah hari-hari. Harap maaf. Kan aku cakap, aku memuja kau dalam diam.

(betulkan posisi duduk aku)

Jatuh bangun kau, gelak tawa suka duka kau, sayang cinta kau. semua rasa ada aku tahu.
Dan, kalau boleh aku mintak Tuhan
simpangkan semua ions negetif daripada dekati kau. Meritkan semua ion positif kepada kau. Moga hati kau
lagi merah.

Orang yg aku ceritakan ini, seseorang yang aku salute dgn dirinya. Berdikari adalah satu perkataan yang memikul tanggungjawab yang besar. Samalah dia. Berdikari dan baik hati. Merit dia tak pernah kurang aku rasa.
Eh, ni bukan manusia ni.





Ni, malaikat.