11.1.12

Riot,

Cuba letak diri macam ni;

Dalam satu bilik. Seorang. Hanya dengar bunyi kipas angin. Baring. Tak payah bukak lagu semua bagai. Hanya baring. Apa kau fikir nanti, hadap. Sebab itu reality yang kau cipta sendiri. 

(hela nafas)

Semput ke? Tak? Habis tu? Cuma banyak yang bersemut dalam kepala otak ni. Tak menyabar. Semua memberontak bagai nak rak. Habis lah macam ni. Aku seorang, yang datang banyak. Serbu. Ish! 

(3minit)

Relax. Relax. Semuanya akan di layan. Cuma, satu-satu. Otak ligat jalankan kerja. Ke sana, ke mari. Tak berhenti. Dari masalah ke satu masalah. Solusinya belum tentu ada. Lagi satu masalah di fikirkan. Apa yang betul sebenarnya ni.. Apa. 

Takut. Kau cakap kau tak takut, tapi kau takut. Yang sebenarnya semua orang takut. Cuma dia berani tunjuk atau tak. Cuma itu saja. Yang berani. Mata-mata lain akan cakap dia lemah. Yang takut, mata-mata lain akan agungkan dia. Bezanya, dalaman. Psiko. Kau diam, kau sakit. 

(tukar posisi kaki)

Sebenarnya, ini salah satu cara nak motivasi diri. Kau jatuhkan diri sendiri. Bukan. Maksud aku bukan kau jahanamkan diri sendiri. Tak. Cuma, ambik masa untuk diri kau. Fikir dalam-dalam. Apa yang matang apa yang remeh. Kadang-kadang yang remeh tu bebannya besar alam. Panggil saja waktu ini, waktu untuk diri sendiri. Durasinya, bergantung pada betapa pandai kau kawal emosi dan betapa senang kau motivasi diri sendiri. 



(pandang syiling, mengeluh)