26.1.12

..........

Seorang penghuni menghuni satu bilik kecik. Sewa. Dalam diam dia simpan hati pada seorang lelaki. Dalam diam. Kamera analog yang di bawanya ke mana saja dia pergi sebagai peneman.

Hari ni, aku lupa hari apa. Tapi hari ini aku akan jumpa dia dekat kedai basikal sana tu. Awal aku bangun pagi ni. Mandi dan siapkan diri. Wangi-wangi. "Kasut aku dah lusuh ni" monolog hati

Berdebar pulak. Aduh.
Aku tunggu di sebalik jalan depan kedai basikal tu. Tunggu satu per satu orangnya. Dengan yakin aku tunggu sampai tengah hari. Hausnya. Hari ni panas sikit. Peluh di dahi, aku lap pakai hujung baju.

"Kau datang..kan.." Pujuk hati

Dah pukul 5. Aku di sini dari pukul 9. Sudah 8 jam. Kelibatnya aku tak nampak. Aku salah hari kah? Hari ni hari apa? Tak mungkin dia datang malam. Kedainya, tutup malam hari.

"Mungkin.. dia ada kerja lain hari ni.." Pujuk hati

Ada satu tilam bujang, lampu bulat-bulat, gambar dari kamera aku penuh sebelah dinding bilik. Aku baring. Hari ni sedikit kecewa. Lama aku tenung gambar-gambar dekat dinding tu. Semuanya ikut urutan hari dan tarikh. Terlelap seorang perempuan bertemankan gambar-gambar pada malam itu.

***

Kedai makan aku selalu makan penuh nampaknya hari ni. Perut dah memulas ni. Mintak di isi segala makanan yang ada. Kelibat yang aku sangat cam siapa dia berdiri betul dekat kaunter bayaran. Eh!

Terpegun. "Aku.. aku rindu.." Kata hati

Dia pergi berlalu selepas membuat bayaran di kaunter. Kaki aku bukan melangkah ke kedai makan. Melangkah mengikut kelibat tadi. Dia masuk kedai runcit. Aku tunggu depan kedai runcit. Acah-acah baca magazine. Dia keluarkan duit di mesin atm, aku pun acah-acah benda yang sama. Hari ni hari bertuah aku. Seronok!

Klik! Gambar susuk tubuhnya aku sempat ambil. Baju apa dia pakai, kasut apa. Apa ada dekat tangan kanannya. Jam apa dia pakai.

"Ini untuk hari ni.." Kata hati bila nampak dia dah bersedia untuk pulang bila kereta yang di pandu menyusur laju meninggalkan aku.

Balik bilik. Aku agak lega hari ni. "Dah seminggu kita tak jumpa.. Rindu.." Monolog hati

Malam ni. Aku tidur dengan mimpi indah. Bulan malam ni terang. Nasib aku baik. Esok jumpa lagi!


Hari-hari beginilah aku. Sebenarnya.. Dia tak kenal aku siapa. Dia tak tahu aku siapa. Tapi.. Aku kenal dia. Dialah buahati aku. Eh, aku bukan gila tau. Cuma aku bercinta dari jauh. Cuma dengan cara ini aku dapat pandang dia. Cuma cara ini. Kau mungkin tak faham. Tak habis-habis nak cakap aku gila. Ini, cinta. Cinta yang orang lain panggil gila. Sebegini kerana mungkin dia sudah lupa aku siapa. Sebab jumpa kami hanya terserempak di kedai basikal beberapa tahun lalu.

Pertama kali hati aku cakap. Ambil dia sebagai hatimu. Aku terus ambil. Bila saat aku ambil, dia sudah di ambil oleh orang lain. Oleh orang yang mampu. Oleh orang yang dia nampak wujudnya.


Ada orang faham tak apa yang aku ceritakan ni? Ini cerita cinta