23.12.11

Ukulele akustik,

Terbangun dari tidurnya, termenung bagai orang hilang dunianya.
"Mimpi tadi.."
Di perlahankan air-cond, 18 darjah,
"Patutlah.. Sejuk"
"Awak.. Nak peluk.."

Di tarik balik selimutnya. Selimut yang selama ini menjadi pelindung sejati. Mata kecil itu di pejam semula. Harapnya dapat tidur semula. Tak ada lagi mimpi.

***

Datang satu tangan lelaki, memeluk aku dari belakang. Ini pasti orangnya. Ini pasti. Aku paling untuk melihat wajah kegemaran aku. Dengan seukir senyuman telah aku tetapkan hanya untuk dia.
"Hai awak.."
"Hello kid"


"Awak nak piggy-back? Jum. Ride with me"
Aku daki belakang lelaki ini dengan penuh hati-hati. Sikit tak terlintas untuk sakitinya. Menyentuh aku pada belakangnya, ah ini rasa cinta. Ini.

Aku lekapkan diri aku, jiwa aku dengan lelaki ini. Eh, synchronise lah. Everything connected now.
"Awak nak bawak saya ke mana ni?"
"Ke syurga"
"Hehehehehehe"

Di kendung aku ke hulur ke hilir dalam rumah kami.
"Cik, boleh bawak saya ke Lomo wall"
"Boleh!"
Berdiri dua hati yang sudah satu, menatap setiap kenangan yang di cantumkan bersama pada dinding mereka. Ah, ini romantis. Romantis gaya kami. Kau apa tahu. Makin erat aku biarkan aku dengan dia. Makin bertambah sayang aku pada dia.

"Awak lapar, adik manis?" 
"Oh! Lapar. Shall we get our lunch?"
"Of course. To the foods heavens (kitchen)  we go!" 
"Hahahaha" Berkekek kami berdua. Masing-masing teringatkan lucu betul nama-nama yang di beri setiap section rumah mereka.

Selesai makan, tangan aku di capai. Di cium seenaknya. "Jum pergi balkoni, kita pasang lagu Jazz"
"Eh kejap! Boleh saya main ukulele saya ni, encik hati?"
"Silakan.."

Ukulele. Aku dah lama berlatih untuk mahir dengannya. Satu puisi aku cipta untuk dia. Sebab dia lah puisi ni ada. Monolog seorang.


"Usah kau buntu, aku hanya untukmu,
Alangkah bulan terang, hilang nyawa tanpa bintang,
apa lagi aku.
Alangkah bunga kembang, pudar warna tanpa siang,
bayangkan aku"



Setiap hari-hari kami, kami bercinta. Setiap hari-hari aku, aku hanya cintakan dia.

***

Ntah kenapa malam ini lagi sejuk. Aku dah rendahkan penghawa dingin. Tapi masih sejuk. Menggigil aku dalam selimut ni.

Dah 8 tahun, setiap malam 8 tahun, aku mimpikan mimpi yang sama. Dah 8 tahun, kesayangan aku dah pergi. Tuhan lagi sayangkan dia. Mata aku masih pejam, badan aku masih lagi rasa megnet badan dia. Aku masih lagi pencinta yang setia.



"Saya tunggu awak lagi ni.. Datang ya.."