1.12.11

Puisi yang ke 660,




/      Memang kali ini aku paksa kan diri untuk tulis sesuatu untukmu,


Kau buat aku hilang kata-kata pujangga yang selama ini aku petah.
Mahu tahu kenapa?


Kerna kuasa cinta kamu lagi sakti dari kata-kata aku.


Ingat lagi pada nota yang aku tulis aku speechless?

Ya, saat itu aku tahu kamulah yang satunya.


Ampun aku jika berkasar, ampun aku jika terpekik
dan ampun aku jika selalu ada,


Sayang, percayalah sebabnya cinta dan sayang

Akan aku jaga kamu seperti aku jaga hatiku, aku jamin

Setiap waktu yang ada, setiap nafas yang wujud,
Setiap rintik dan guruh, setiap datang dan pergi,
Setiap apa yang datang, setiap nafas aku,

Aku pinta Tuhan, hanya kau yang aku mahu,

Hanya kau yang sampai tua

Selamat jadi separuh aku       /