27.12.11

(Prolog) Mocha Panas

Sorang luar negeri, sorang dalam negeri.
Yang jadi perantaraan, BBM. Sekarang zaman beri hitam.

Satu nota (kertas pink) ada terlekat di pintu peti ais.
"Saya tak ada, awak buat mocha tau. Kita skype, kita minum sesama"

Ieqa pesan pada Is sebelum dia berangkat ke Shah Alam atas urusan kerja sedikit. 3 hari saja.


Satu panggilan telefon masuk. Ieqa tengah meeting.
"Kejap bi" Bisik dalam hati Ieqa.
1 BBM masuk "Sayang, call me back"

Ieqa dah gelisah. "cepat lah habis meeting" Doanya dalam hati.
Meeting tamat selepas di extand kan 30 minit. Geram Ieqa. Terus di capai beri hitam dan call Is.
"Bibi. Sorry, tadi ada meeting. Diorang extand another 30 minutes. Geram."
"Sokay sayang"
 Ieqa dah ada. Is senyum
"Kenapa bi?"
"I need your help. Tolong saya, saya dah tak ada idea"
"Oh, okay. Kita BBM okay?"
"Sure!" Lega. Is lega.

Kedai baru Is perlukan satu design signboard. Selalunya, Ieqa akan tolong kasi idea. Tak banyak, sikit pun jadi. Idea Ieqa bagi boleh di cuba kan dahulu. Try and error. Kaki nya di gerakkan walaupun berat rasanya nak berjalan ke dapur nak membancuh mocha panas.

"Ish! Idea lari lagi!"
Tit tit, tit tit (bunyi BBM)
"Sayang, Idea lari lagi"
"Ololo"

Satu-per-satu idea Ieqa kasi pada Is. Rasa dekat. Rasa kasih sayang di situ. Rasa.
3 hari ni rasa lama lah. Tak ada seorang bidadari yang nak buatkan aku mocha panas. Ieqa..


"Sayang, nak mocha panas.." Pinta Is. Manja nadanya. Tapi dia hanya bercakap dengan diri sendiri. Bercakap dengan udara malam. Bercakap dengan bayang-banyang Ieqa di tubir matanya.

"Kerja kita saya puas. Idea awak, saya dah tambah sikit dengan idea saya lepas tu cantikkan sikit dengan rujukan dari sumber lain. Dah siap. Boleh hantar kedai esok, sayang"
"Iya ke? Wah. Dah berhasil. You did a good job!"
Dalam telefon. Bergayut sebelum tidur.


"Selamat malam, bi"
"Selamat malam jugak, sayang. Jumpa nanti"


***